Empat Maut, Dua Cedera Parah Kemalangan.

Empat maut, dua cedera parah kemalangan di Batu Gajah


BATU GAJAH: Empat maut manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta di kilometer 17 Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Seputeh di sini, pada petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu keempat-empat mangsa disahkan maut di lokasi kejadian akibat tersepit.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah Mohamad Isa Zainal berkata mangsa yang terlibat adalah seorang lelaki dan dua orang perempuan berbangsa Cina yang menaiki Toyota Vios.
Manakala seorang lagi mangsa perempuan berbangsa Melayu maut tersepit dalam kenderaannya jenis Mercedes.
"Sebaik sahaja menerima panggilan sekitar 2.31 petang,kami ke lokasi kejadian dan mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.
"Sementara itu, dua lagi mangsa yang parah telah dikeluarkan oleh orang awam yang melalui jalan tersebut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelasnya, pihaknya menggunakan pemotong hidraulik bagi mengeluarkan mangsa dan operasi yang memakan masa sekitar dua jam itu tamat sekitar 4.20 petang.
Isa berkata kesemua mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Batu Gajah bagi tujuan bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.








from Pena Hitam http://ift.tt/2jp5pDm
via IFTTT