KHAIROL ANUAR…LELAKI DI SEBALIK PENGEDARAN KAD PREPAID!

Semuanya bermula pada tahun 1999 apabila KAT Technologies bercadang mahu menembusi pasaran pengedaran kad prabayar telefon bimbit. Ketika itu, rakyat Malaysia sedang berada di ambang pendedahan kepada teknologi alaf baru seperti telefon bimbit dan internet.

Seperti mana yang dikongsikan oleh Datuk IR Khairul Anuar Tawi yang merupakan Executive Chairman KAT Technologies Sdn Bhd, langkah awal menjadi pengedar kad prabayar celcom dan juga sistem card reader untuk Smart Card, Kad Magnetic, Kad Debit dan Kad Kredit banyak membuahkan hasil kepada syarikat beliau apabila mencatatkan kejayaan menjual sebanyak 1 juta keping kad prabayar.

Selepas itu, KAT Technologies tidak lagi memandang belakang dan terus mencatatkan kejayaan hebat apabila berjaya menjual sehingga 2 juta keping kad prabayar. kejayaan hebat yang dicapai oleh Kat Technologies membolehkan KAT Technologies membuka cawangan sehingga 14 buah ke seluruh Malaysia dengan mempunyai kakitangan berjumlah 140 orang.

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Kat Technologies telah menempatkan syarikat mereka menerima pelbagai anugerah penting seperti Anugerah Star Business Award dalam bidang inovasi teknologi dan Anugerah SME Corp dalam bidang perkhidmatan. Untuk rekod juga menurut Datuk IR (DR) Khairol Anuar Tawi, Executive Chairman, KAT Technologies merupakan salah satu daripada syarikat terawal yang bernaung dibawah TERAJU.

Kejayaan yang dicapai oleh syarikat beliau adalah kerana dibimbin oleh TERAJU dalam mendapatkan bantuan kewangan sehingga mencecah RM 10 Juta bagi membangunkan syarikatnya. Bahkan, TERAJU turut membantu dengan membuat padanan antara permintaan dan pengeluar yang diperlukan oeh syarikat beliau dengan para pengeluar di luar sana. Konsep padanan ini sebenarnya boleh diluaskan dengan syarikat-syarikat luar negara misalnya. Beliau membayangkan bagaimana syarikat-syarikat dibawah TERAJU dipadankan dengan syarikat gergasi dari luar negara yang membuka sayap perniagaan mereka ke dalam negara kita seperti Microsoft, Coca-Cola, McDonald dan banyak lagi.

Apabila syarikat TERAJU membukti keupayaan mereka dengan bekerjasama dengan cawangan tempatan yang dimiliki oleh syarikat gergasi ini, beliau percaya bahawa ianya akan menjadi batu loncatan untuk syarikat tempatan dibawah TERAJU sekaligus membuka mata pasaran dunia. Beliau menyatakan bahawa TERAJU perlu membangunkan syarikat yang mampu berdaya saing dalam pasaran bebas tanpa bergantung kepada tender-tender yang diberikan oleh kerajaan.

Beliau memetik Jimmy Choo sebagai pembuat kasut yang mampu menghasilkan produk yang digunakan oleh seluruh dunia. Tidak mustahil untuk TERAJU menghasilkan usahawan bumiputera seperti Jimmy Choo yang dimana produk keluarannya digunakan oleh seluruh dunia. Beliau mengimpikan syarikat-syarikat bumiputera mampu mengahsilkan produk setanding produk antarabangsa seperti Maggie, McDonald, Facebook dan sebagainya. Usahawan bumiputera seharusnya turut memandang pasaran luar negara sebagai sumber pendapatan sendiri.

Ketika ditemubual oleh kami, beliau sempat menitipkan faktor-faktor yang membawa kejayaan oleh seorang usahawan yang boleh dicontohi oleh mereka diluar sana.

Faktor utama ialah memenuhi impian untuk mencapai kejayaan itu sendiri.

Faktor kedua ialah kegigihan untuk mencapai kejayaan selepas memasang impian.

Faktor ketiga ialah cekal menghadapi ujian sepanjang menguruskan perniagaan. Faktor seterusnya ialah disipilin terutama dalam pengurusan masa.

Tidak ketinggalan, seorang usahawan memerlukan fokus yang cukup jati bagi mencapai kejayaan. Sudah tentu, disamping usaha yang dicurahkan, beliau cukup menegaskan bahawa bantuan daripada ALLAH adalah paling penting. Paksi kejayaan ialah selepas berusaha, mestilah bertawakal.

Pesanan terakhir beliau buat usahawan diluar sana, “Yakin pada diri sendiri. Yakin pada impian adalah suatu perkara yang penting. Untuk memotivasikan keyakinan itu, kita kena baca buku atau berjumpa dengan tokoh yang sudah berjaya. Kita perlu mendedahkan diri dengan unsur-unsur kejayaan.”

SUMBER



from Syahril A. Kadir http://ift.tt/2nnXBmk
via IFTTT