SPEEDMART…JUTAWAN BERKERUSI RODA

RASA ramai dah tahu cerita Lee Thiam Wah, pemilik pasaraya Speedmart yang juga seorang OKU ini.
Takpelah, bagi yang belum tahu aku nak cerita sikit. Thiam Wah mula dikesan menghidap polio pada usia lapan bulan. Dia belajar pun sampai darjah enam saja.
Tetapi dia tahu tiada siapa boleh ubah nasib dia kalau dia sendiri tidak berusaha mengubahnya, so dia jual snek ringan kat tepi jalan. Dia jual, dia saving…dia jual, dia saving.
End up pada usia usia 23 tahun, dia dah ada RM17,000 dalam tangan. Dia pun buka kedai runcit kecil-kecilan.
Pada tahun 1992, Thiam Wah jual kedai runcitnya itu dengan harga RM38,000 dan buka pula sebuah kedai runcit di Klang Utama dengan nama Mini Market 99.
Tak lama kemudian dia berjaya buka sembilan lagi pasaraya yang serupa. Beliau menggunakan kaedah sistem kawalan stok dan inventori yang terkini. Hasilnya kesemua pasar raya beliau berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.
Berdasarkan pengamatannya, beliau kemudian mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai.
Jadi pada tahun 2000, Thiam Wah ‘rebranding’ nama kedainya kepada 99 Speedmart.Lepas jenuh ‘berperang, jatuh dan bangun semula’, aku nak bagitahu kau apa yang jadi pada Thiam Wah.
Sehingga sekarang Thiam Wah dah ada hampir 600 buah kedai, lebih 6,000 orang pekerja, empat pusat pengedaran barang dan lebih 100 buah truk dengan lori.
Dalam erti kata, dalam sehari, Thiam Wah boleh bekalkan barangan pada kedai runcitnya dengan ‘petik jari’ sahaja.
Berapa harta Thiam Wah? Aku pun tak tahu. Cuma nak bagitahu satu benda sajalah. Dari atas wheelchair, beliau berjaya bawa pulang keuntungan RM2.1 billion.
Itu dua tahun lepas. Memang luar biasa! Kita yang cukup tangan dan kaki ni nak handle koperasi sekolah pun macam nak terbalik dunia. Ini betul-betul hao liao!
Thiam Wah tak payah sibuk-sibuk nak rapat dengan menteri-menteri, tak payah sibuk-sibuk nak join politik, tak payah sibuk-sibuk nak beli gelaran Datuk dan Tan Sri.
Hanya dari atas wheelchair, dia bawa pulang berbilion ringgit. I wonder apa agaknya yang dia boleh buat kalau cukup sifat…
kredit to : http://www.syahrilkadir.com/speedmart-jutawan-berkerusi-roda/