Majikan cukup meluat jika calon cuba lakukan 3 perkara ini selepas sesi temuduga


Oleh Izuan (maukerja.my)

Jangan ingat apabila temuduga yang dihadiri berjalan dengan lancar, penemuduga akan tertarik dengan anda dan mahu mengambil bekerja dengan mereka. Selain daripada faktor kebiasaan di mana penemuduga menemui calon yang jauh lebih layak, ada beberapa faktor lain yang datang daripada kesilapan anda sendiri.

Dalam proses penilaian calon, ada kemungkinan majikan sudah meletakkan nama anda sebagai calon pertama yang terpilih bagi  mengisi kekosongan jawatan itu. Namun niat dan tanggapan mereka boleh berubah dalam sekelip mata jika anda melakukan beberapa perkara ini. 

'Follow-Up' Terlalu Kerap

Tidak dinafikan lagi bahawa 'follow up'  itu adalah salah satu cara yang bagus selepas sesi temuduga. Ia bertujuan membantu anda meyakinkan majikan, tetapi usahlah terlalu kerap. Seminggu sekali dan hanya menggunakan satu platform sahaja. Sama ada menghubungi mereka melalui email atau panggilan telefon. Paling penting, jangan sesekali melakukan kedua-duanya dan lebih teruk lagi jika dilakukan terlalu kerap.

Bukan sahaja membuatkan majikan terasa terganggu atau menjengkelkan mereka, ia sekali gus membatalkan niat mereka untuk menjadikan anda sebagai pekerja kerana tindakan anda itu telah menganggu tugasan hariannya yang penting seperti mesyuarat dan sebagainya.


'Add' Majikan Di Media Sosial

Selesai sahaja sesi temuduga dan anda pun telah mengenali nama majikan, tidak perlu stalk atau add mereka di Facebook, Linkedin ataupun Instagram. Tindakan anda itu jelas sekali menunjukkan anda tidak menghormati peribadi seseorang dan ini bukanlah cara yang bagus untuk menarik perhatian penemuduga. Sebaliknya ia memalukan kerana anda seperti terlalu terdesak atau taksub dengan mereka. Jadi, hormatilah privacy mereka.  

Tuntut Jumlah Gaji Lebih Tinggi

Semasa temuduga, anda telah diminta untuk mengisi jumlah gaji yang anda fikirkan wajar dan majikan bersetuju atau jumlah tersebut telah ditetapkan oleh majikan sendiri. Pendek kata, memang ada persetujuan dari kedua-dua belah pihak. 

Misalnya tuah anda apabila sejurus selepas temuduga, dapat panggilan dari pihak majikan dan terpilih untuk bekerja di syarikat berkenaan.Namun tanggapan positif majikan berubah apabila anda secara tiba-tiba mengubah jumlah gaji yang dipersetujui. Maka bersedialah anda jika mendapat jawapan sebegini:

"Kami akan update balik dengan anda untuk pengesahan pihak atasan untuk memilih anda," 


Kalau begitu ayatnya, faham-faham saja akan maksudnya. 
Kesimpulannya, tidak semestinya sebelum dan semasa temuduga sahaja perlu jaga adab. Selepas sesi temuduga sama ada pantang larangnya, kesemua kesilapan yang dikongsikan ini mungkin anda pernah lakukan sehingga menjadi penyebab mengapa anda tidak diterima bekerja walaupun prestasi amat memberangsangkan semasa temuduga. 


from The Reporter http://ift.tt/2p99oqd
via IFTTT