6 penuntut UPNM didakwa bunuh Zulfarhan, berdepan hukuman gantung sampai mati


KUALA LUMPUR - Seramai lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Majistret, semalam atas tuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut, Mei lalu, lapor Berita Harian.

Seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang yang juga pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik UPNM. 

Lima tertuduh adalah, Mohd Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat dalam kejadian itu. 

Kesemua tertuduh yang berusia 21 tahun itu hanya sekadar mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin. 

Lima tertuduh didakwa secara bersama-sama membunuh mangsa di bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, 22 Mei lalu. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dihukum gantung sampai mati. 


Sementara itu, Abdoul Hakeem yang didakwa bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat dan pada masa yang sama. 

Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. 

Laporan berkaitan:
  1. Arwah dibelasah dengan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum ditekap dengan seterika wap
  2. Polis cari bomoh yang petik nama Allahyarham Zulfarhan


from The Reporter http://ift.tt/2rjjbHq
via IFTTT