'Ditampar, Ditendang di perut, ini perkara normal' - Netizen


KUALA LUMPUR - Viral dua rakaman video kejadian ragging yang didakwa berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini, mencetuskan pelbagai reaksi netizen, lapor The Alternatif

Video yang dimuat naik itu bagaimanapun bukanlah kejadian yang terkini, sebaliknya sudah lama berlaku dan diviralkan semula berikutan kes yang menyebabkan seorang Pegawat Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan maut selepas beberapa hari dibelasah dan ditekap dengan seterika wap oleh sekumpulan penuntut UPNM. 

Difahamkan, rakaman video itu dirakam oleh pelajar yang lain melalui tingkap bilik mereka yang menunjukkan seorang lelaki menendang perut para pelajarnya dalam keadaan kawad sedia. 

Video kedua pula menunjukkan seorang pelajar ditampar dan dipukul, manakala dua lagi pelajar berhampiran diarahkan bergolek-golek di atas jalan. 



Sementara itu di media sosial, netizen menganggap kejadian itu adalah perkara biasa yang perlu dilalui oleh mereka yang berminat dengan profesion unit beruniform (senjata). 


Namun, segelintir netizen menganggap perbuatan seperti itu agak kejam dan menjurus kepada perbuatan membuli pelajar baru serta amat bertentangan dengan ajaran pada zaman Rasulullah. 


Justeru, ramai yang mermpersoalkan adakah tindakan itu 'diluluskan' oleh pihak atasan? 


from The Reporter http://ift.tt/2rEspT7
via IFTTT