'Pemilik Ford bagi balik RM50 sebab tak sampai hati'


KUALA LUMPUR - Susulan viral kes tuntutan RM1,500 bagi cermin sisi yang dilanggar seorang penunggang motosikal, ramai netizen yang mengecam tindakan pemilik kereta berkenaan. 

Seorang individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil memberi penjelasan agar semua pihak faham dan tidak terus mengecam pemilik kereta Ford berkenaan. 

"Miss Baizura, mohon hadam dan jangan buat cerita kalau tak tahu apa-apa. Ayat 'paw' itu yang tak kena," kata Faizal Danial

"Brother (penunggang) motosikal itu sudah ditunjukkan resit harga bagi side mirror sebelah kanan, sebab kereta itu baru kena ganti side mirror sebelah kanan yang dilanggar lari oleh lori. 

"Kemudian dia (penunggang) tidak mampu bayar. Ajak pergi ke balai polis untuk buat laporanm tetapi dia tidak mahu. Minta kad pengenalan pun tak nak diberi juga. Jadi, macam mana nak buat laporan polis untuk buat tuntutan insurans kalau begitu? 

"Last-last dia bayar RM100. Tetapi pemilik Ford bagi balik RM50 sebab tak sampai hati," katanya. 


Terdahulu, Mimi Baizura mendakwa dua lelaki berkenaan telah meminta ganti rugi sebanyak RM1,500 dari penunggang motosikal berkenaan. Malah Mimi juga mendakwa lelaki itu dimarahi oleh dua lelaki berkenaan di hadapan anak dan isterinya sehingga menangis. 


Penjelasan dari Faizal Danial itu sedikit sebanyak menjawab mengapa akaun Facebook Mimi Baizura tidak ditemui, yang dipercayai telah dipadamkan berikutan salah fahamnya itu.


from The Reporter http://ift.tt/2wWTDFu
via IFTTT