'Saya cuma bunyikan hon sebab pemandu itu memandu secara berbahaya'


MELAKA - "Tengok video itu, tak ada kena block pun? Depan kereta kosong je. Kenapa tak jalan je?" demikian persoalan netizen yang hairan dengan kes viral kononnya seorang wanita mendakwa dirinya dibuli 'samseng jalanan', Sabtu lalu. 

Menjawab persoalan individu berkenaan, Aniss Hamid berkata, dia hanya membunyikan hon kepada pemandu kereta Honda itu kerana pemandunya memandu secara berbahaya. 

"Kereta ini mungkin mencari mangsa jalanan, kerana saya cuma membunyikan hon kepada pemandu kereta Honda tadi atas sebab memandu secara berbahaya (iaitu) ke kiri dan ke kanan seperti pemandu mabuk. 


"Tanpa saya duga, ada tiga buah kenderaan lain secara tiba-tiba cuba mengekori saya dan block kereta kami semasa saya dalam pemanduan di lebuh raya. 

"Kereta Honda tadi cuba menghimpit (kereta) saya. Oleh kerana rasa takut (dan bimbang) perkara yang tidak diingini (berlaku) pada ahli keluarga, saya mengambil keputusan mengikut kereta Honda tadi berhenti di bahu jalan. 


"Selepas berhenti, saya sekali lagi dihimpit. Dan nampak tiga buah kereta yang mengepung kereta saya (tadi) juga berhenti di bahu jalan (dalam) jarak antara 300 meter di hadapan. Mereka mengundurkan kereta dan tiga orang sahaja yang turun dari kereta dan mengetuk cermin kereta kami. 

"Pemandu kereta Honda itu tidak keluar dari kenderaan. Hanya standby di dalam kereta," katanya. 


Dalam kejadian Sabtu lalu, Aniss mendakwa kereta mereka dihimpit kereta Honda berkenaan, selain dikepung oleh tiga buah kereta yang dipercayai rakan kepada pemandu kereta Honda. Kejadian itu turut dirakam itu kemudian dimuat naik ke media sosial dan kini telah dikongsi 32,574 pengguna Facebook. 

Ekoran kejadian itu, Aniss menceritakan empat buah kereta berkenaan meninggalkan mereka setelah menyedari diri mereka dirakam. Bimbang dengan keselamatan diri, Aniss dan rakannya terpaksa menghubungi polis untuk meminta bantuan, sebelum diiringi polis ke destinasi yang ingin dituju. 


Sementara itu di media sosial, netizen berpandangan bahawa pemandu Honda City itu mungkin mahu memotong kereta sekumpulan wanita itu yang memandu perlahan di lorong kanan. 

"Pemandu Honda City itu nak masuki lorong kanan selepas memotong sebuah lori di lorong tengah, namun hampir berlanggar dengan perakam video itu kerana tidak menyangka mereka akan memecut ke hadapan dan mungkin kereta mereka berada dalam kawasan blind spot kereta Honda City. 

"Mana mungkin kalau orang nak himpit dengan sengaja, selepas berlaku kejadian itu terus berhenti di lorong kecemasan?" kata netizen. 


from The Reporter http://ift.tt/2wjvqFJ
via IFTTT