Kerap desak untuk berkahwin, lelaki tikam kekasih 28 kali sehingga maut


Berang kerap didesak untuk berkahwin, seorang lelaki tergamak menikam kekasihnya sebanyak 28 kali sehingga maut di sebuah pangsapuri di Bukit Jelutong, Sabtu lalu, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian jam 8.25 malam itu, mayat mangsa, 38, yang merupakan warganegara Indonesia ditemui dalam keadaan terlentang di lantai dengan kesan tikaman di belakang badan, perut, leher dan tengkuk. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, sebelum kejadian itu, mangsa dipercayai mendesak suspek mengahwininya sebelum pasangan itu bertengkar dan berlaku pergelutan. 

"Mangsa kmeudian ditikam secara bertubi-tubi sehingga mati sebelum suspek beredar meninggalkan lokasi kejadian. 

"Mayat mangsa ditemui jiran yang kebetulan lalu di hadapan rumah mangsa selepas curiga dengan keadaan pintu rumah yang terbuka," katanya.


Susulan kejadian itu, polis menggerakan usaha untuk menjejaki suspek. Kurang dari tempoh dua jam, suspek berusia 40 tahun itu berjaya diberkas di kawasan tempat letak kereta di Seksyen 13. 

"Hasil siasatan mendapati, suspek yang tidak berkahwin itu mengalami masalah mental. Polis akan dapatkan pengesahan tersebut daripada pihak hospital dalam masa terdekat," katanya. 

Suspek yang bekerja sebagai kontraktor pendawaian elektrik direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 


from The Reporter http://ift.tt/2p5Q7UR
via IFTTT