'Ketua-ketua jabatan bersuhabat bantu kepimpinan BN akan digugurkan' - PM


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan akan menggugurkan beberapa ketua jabatan yang didapati bersubahat dalam melakukan perkara yang tidak membawa kebaikan kepada negara ketika era kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, lapor Berita Harian.

Tun Dr Mahathir berkata, itu antara agenda pembaharuan yang akan dilaksanakan sebaik saja beliau dilantik sebagai Perdana Menteri. Langkah itu perlu dibuat bagi memastikan pentadbiran kerajaan tidak terpalit dengan amalan yang boleh merosakkan. 

"Ketua-ketua jabatan tertentu mesti digugurkan. Saya dapati sesetengahnya bersubahat dan membantu pemimpin terdahulu yang kleptokrasi.

"Sesetengah orang yang rapat dengan saya dikunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan ada juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysi (SPRM) dan mereka dikenakan cukai tambahan (ketika pentadbiran kerajaan terdahulu).

"Saya akan pulangkan semula (duit mereka)," katanya pada sidang media semalam selepas selesai Istiadat Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Ke-7 semalam di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara.

Dr Mahathir berkata, negara juga ketika ini dibelenggu masalah pengurusan kewangan, selepas Bank Negara mendapati jumlah keseluruhan hutang yang dipinjam kerajaan terdahulu daripada institusi kewangan berjumlah hampir RM800 bilion.

"Tetapi sebenarnya saya jangka jumlah yang tersembunyi dipercayai mencecah RM1 trilion," katanya.


from The Reporter https://ift.tt/2KO6Sgt
via IFTTT