TV Alhijrah tangguh penyiaran episod yang melibatkan Kak Long 7E selepas dikritik hebat oleh netizen



Susulan dikritik hebat oleh netizen di media sosial berhubung isu jemputan Kak Long ke program TV, pihak stesen TV Alhijrah tampil memaklumkan, episod yang melibatkan Kak Long akan ditangguhkan siaranya buat sementara waktu. 


Baca: 'Patutnya stesen TV panggil pekerja 7E, bukannya Kak Long' - Kecoh netizen tak puas hati Kak Long dijemput ke program TV Alhijrah


Menurut TV Alhijrah, jemputan Kak Long atau nama sebenar Wan Nor Baizura ke program Trending itu adalah untuk membincangkan isu tanggungjawab pengguna media sosial.


"Program Trending merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial. 


"Kehadiran Kak Long 7E di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panelis yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada Kak Long 7E agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa-apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial.


"TV Alhijrah juga mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod tersebut," jelas kenyataan itu. 


Dalam pada itu juga, TV Alhijrah mengambil maklum mengenai teguran netizen berhubung perkara itu dan akan sentiasa memperbaiki mutu kandungan agar lebih memberi manfaat kepada penontonnya. 


Sumber: Alhijrah Online



from The Reporter https://ift.tt/g37wTon
via IFTTT