'Kenaikan harga barang & inflasi adalah fenomena peringkat global' - Menteri

Foto The Star


Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa berkata, masalah kenaikan harga barang adalah fenomena yang berlaku di peringkat global dan ada kaitan dengan beberapa faktor. 


Beliau juga kesal, banyak pihak yang tidak faham mengenai isu ini sehingga melontarkan kritikan tanpa melihat gambaran besar terhadap apa yang berlaku dan pembangkang juga turut didakwa mengambil kesempatan memainkan isu itu untuk menghentam kerajaan. 


Jelas Annuar, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga barang dan inflasi di Malaysia dan negara lain termasuk kenaikan harga minyak, peperangan antara Rusia dan Ukraine, serta berlaku pertambahan permintaan selepas pembukaan ekonomi setelah pandemik Covid-19. 


"Malaysia adalah antara 25 negara utama perdagangan dunia dan kita akan terdedah dengan apa sahaja yang berlaku. Sebab itu, soal kenaikan harga barang, kerajaan tak pandang ringan seperti mana kita menghadapi Covid-19," katanya. 


Bagi Annuar, rakyat pada ketika ini tidak sepatutnya menghasut dan mengadakan demokrasi, apatah lagi membuat teori sendiri. Sebaliknya, bersabar dan menunggu hasil tindakan dari kerajaan dalam menangani isu ini. 


"Tugas mengawal harga barang adalah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), namun kerajaan menubuhkan Pasukan Jihad Tangani Inflasi supaya bertindak secara bersepadu. 


"Sebab itu kena kerja dulu baru ada hasil dan setiap dua minggu kita mengadakan perbincangan dan antara tempoh itu, kita membuat pemantauan setiap hari," ujarnya. 


Mengambil contoh kejayaan yang telah dilakukan pasukan itu seperti, telah menstabilkan harga ayam dan dalam masa sama memantau pihak industri bagi memastikan bekalan ayam tidak terputus.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/28lzZIt
via IFTTT