'Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk (penumpang) makan megi dalam tren kami' - Rapid KL tegur 2 penumpang wanita tapi..

Foto Twitter @AskRapidKL


Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur (Rapid KL) hari ini membuat teguran terhadap dua penumpangnya yang didapati makan mee segera (cup) dalam tren. 


Rapid KL melalui Twitter @AskRapidKL berkata, pihaknya tidak pernah menyediakan bekalan air panas kepada penumpangnya di dalam tren untuk berbuat demikian. 


Dalam masa sama pihaknya meminta para penumpang patuh pada larangan makan dan minum ketika berada di dalam tren. 


"Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan megi dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula. 


"Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum dalam tren," ciap pengendali Twitter berkenaan disertakan dengan tanda pagar #tegursebabsayang. 


Gambar dua penumpang wanita terbabit turut dilampirkan, namun wajah mereka dikaburkan bagi melindungi identiti masing-masing. 



Bagaimanapun, reaksi para pengguna Twitter pula tidak seperti yang diharapkan apabila majoriti membidas Rapid KL yang tidak memperbaiki mutu perkhidmatan sehingga mendatangkan masalah kepada penggunanya. 


"Ooo, kondem orang pandai. Train lambat, suara location kat mana tak keluar, screen map tak keluar, eskalator macam tak pernah baiki, mesin top up duit/token selalu rosak. Bas pun sama, kejap ada kejap tak ada. Apps pulse tu pun selalu je buat hal. Eyy geram aku!," kata @imrakin_. 


Bagi Amereus, tindakan Rapid KL menularkan dua gambar penumpang terbabit adalah tidak wajar. 


"Tau pulak kau complain orang buat salah. Kau tu bilanya nak betulkan segala eskalator? Orang complain, orang viralkan, kau tukar je tarikh service kat kertas tu. Pastu, sampai cap goh mei tahun depan pun belum tentu kau servis," kata Amereus. 


Namun tidak kurang juga yang mempertahankan Rapid KL dan menegaskan teguran yang dibuat itu adalah wajar kerana setiap pengangkutan awam mempunyai peraturannya sendiri bagi memberi keselesaan kepada pengguna lain. 


"Tak faham kenapa orang marah pasal admin ni tegur. Kalau tengok, tren kosong tau. Maksudnya kejadian itu berlaku di luar waktu puncak. Lagipun tren lambat ke cepat ke, tetap tak boleh makan dalam tren. 


"Undang-undang dalam tren pun tak boleh follow, patutlah tren banyak faulty. PAstu yang susah penumpang yang ikut undang-undang. Ini baru part makan dalam tren, yang jenis bawa monyet dalam tren itu lagilah. Dok panjat-panjat kerusi sampai kotor, pastu orang lain tak selesa," kata Alia Natasya. 


Sumber: Twitter AskRapidKL



from The Reporter https://ift.tt/C5WhsQm
via IFTTT