Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ditahan SPRM kerana disyaki salahguna kuasa dapatkan tender kantin untuk syarikat anak saudaranya



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Penolong Pegawai Pendidikan Daerah kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dirinya melantik syarikat milik anak saudaranya untuk mendapatkan tender kantin sebuah sekolah. 


Suspek lelaki berusia 40-an itu yang datang ke pejabat SPRM Sabah, Cawangan Sandakan pada jam 11 pagi untuk memberi keterangan, serta-merta ditahan. 


Lapor Harian Metro, suspek bertugas sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan tender kantin sekolah yang bernilai kira-kira RM50,000. 


Tender untuk tempoh tiga tahun itu diberikan kepada syarikat milik anak saudaranya sekitar Disember 2015 sehingga November 2018 lalu. 


Pengarah SPRM Sanbah, Datuk S. Karunanithy mengesahkan penahanan penjawat awam itu yang akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan dalam tempoh terdekat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. 



from The Reporter https://ift.tt/TkoF1Yz
via IFTTT