Pas rela jadi pembangkang dari bergabung dengan BN yang masih kekalkan pemimpin kluster mahkamah - Hadi Awang

Foto Majoriti


Tatkala Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin mengatakan PN akan bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan campuran selepas PRU15, Presiden Pas, Hadi Awang pula menyanggah kenyataan itu. 


Hadi berkata, Pas rela menjadi pembangkang daripada bergabung dengan BN yang masih keruh dan mengekal pemimpin kluster mahkamah. 


"Kalau kita menang sendiri dengan majoriti dua pertiga atau majoriti mudah, tak perlu kepada orang (parti lain untuk bergabung). Tetapi kalau ada pihak yang nak bekerjasama selepas kita membentuk kerajaan, kita alu-alukan kedatangan mereka kepada kita. 


"Kalau Pas tak dapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, kita sanggup jadi pembangkang. Kita dah jadi pembangkang berpuluh-puluh tahun, kita tak mahu kerajaan yang tak bersih," katanya. 


Semalam, Anwar Ibrahim mendakwa PN sudah memulakan rundingan bersama BN untuk membentuk kerajaan campuran selepas PRU15, kerana dua blok tersebut sedar mereka akan gagal mendapat majoriti mudah. 


Anwar berkata demikian selepas Takiyuddin membuat kenyataan PN dan BN akan bergabung selepas PRU15. Tetapi Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menafikan dan meminta Anwar mengemukakan bukti jalinan kerjasama itu. 


Malah, Muhyiddin menegaskan PN bertanding di PRU15 ini secara bersendirian untuk menentang BN.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/OCgZIGW
via IFTTT