Ramai pihak selar Rafizi ugut Boss SPRM, tetapi tidak pula menggesa SPRM siasat dakwaan Rafizi?



Susulan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang berikrar mahu mencari Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, tampil beberapa pihak termasuk bekas pegawai kerajaan mempertahankan 'boss' SPRM itu melalui media arus perdana. 


Pihak berkenaan menyelar tindakan Rafizi yang didakwa mengugut akan menyiasat Azam Baki itu sebagai tidak profesional dan tidak wajar dilakukan terhadap penjawat awam. 


Rafizi terdahulu mengeluarkan kenyataan demikian kerana mendakwa SPRM telah melakukan serbuan ke pejabatnya susulan pengisytiharan harta sebanyak RM18.85 juta kepada umum, berbanding menyiasat pendedahan yang dlakukannya mengenai skandal-skandal membabitkan pemimpin kerajaan bernilai berbilion ringgit. 


Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengutuk tindakan Rafizi yang didakwa mengugut SPRM dan dalam masa sama menuntut calon Parlimen Pandan itu memohon maaf. 


"MCW menggesa semua pihak supaya tidak mempolitikkan serta mengganggu-gugat siasatan pihak SPRM yang sedang berjalan," katanya. 


Bagi MCW, kebijaksanaan SPRM dalam menjalankan siasatan tidak wajar dipertikaikan dan ahli politik yang disiasat perlu memberi kerjasama penuh. 


Cuepacs turut menyelar Rafizi dan menganggap tindakannya itu tidak profesional. 


"Seharusnya ahli politik yang berkempen sepanjang pilihan raya tidak keterlaluan menyerang perkhidmatan awam. Cuepacs berharap semua pihak menghormati satu sama lain," katanya. 


Turut bersuara, Rais Yatim menyelar Rafizi yang tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan yang boleh dianggap sebagai provokasi. 


Bagaimanapun, tindakan pihak-pihak berkenaan menimbulkan tanda tanya kerana, sewajarnya mereka menggesa SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan Rafizi mengenai skandal-skandal yang berlaku dalam kerajaan.


Namun yang sebaliknya berlaku di mana mereka pula menyerang 'whistle blower' secara serentak, seolah-olah mahu melindungi seseorang atau menutup cakap-cakap mengenai skandal-skandal yang didedahkan itu. 


Justeru, netizen tertanya-tanya, apakah SPRM tidak berminat untuk menyiasat dakwaan Rafizi atau secara tidak langsung sedang mengiakan dakwaan Timbalan Presiden PKR itu bahawa serbuan yang dilakukan ke atas pejabat syarikat Invoke itu selepas mendapat arahan daripada pihak berkepentingan yang bimbang dengan pendedahan tersebut di kala PRU15 sedang berlangsung. 


Semalam, Rafizi berkata dia akan mencari Azam Baki selepas Pakatan Harapan (PH) menang PRU15 dan akan menyiasat pegangan saham 'Boss' SPRM itu yang didakwa berjumlah hampir 2 juta. 


Difahamkan, kes itu ditutup selepas Suruhanjaya Sekuriti memaklumkan, mereka tidak menemui sebarang bukti perdagangan proksi kerana Azam mempunyai kawalan ke atas akaun dagangannya sendiri. 


Apa pandangan anda? 



from The Reporter https://ift.tt/97CPW5R
via IFTTT