'Anda gelar diri anda parti Melayu/Islam, tapi dana pilihan raya datang dari syarikat judi' - Anwar bayangkan PN guna duit judi untuk berkempen di PRU15?



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) didakwa diperolehi dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi. 


Anwar berkata, Kementerian Kewangan juga mendapati berlaku 'pelanggaran' dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.


"Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu. 


"Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi," katanya. 


Sebelum itu, Anwar menegur pentadbiran PN yang diketuai oleh Bersatu dan Pas kerana menaikkan cabutan khas judi dari lapan hingga 22 kali setahun. Sebagai Menteri Kewangan baharu, Anwar memutuskan bilangan cabutan undi khas judi akan dikurangkan kepada lapan kali setahun, bermula 2023. 


Pada PRU15, PN dilaporkan berkempen di luar kemampuan gabungan itu sehingga menimbulkan tanda tanya banyak pihak mengenai sumber dana kempen PN. 


Dalam masa yang sama, timbul dakwaan penyelewengan RM600 bilion semasa PN memerintah Kerajaan Pusat. 


Sumber: MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/jUXThJA
via IFTTT