Gal Gadot akan muncul semula dalam filem Fast X pada Mei 2023



Pelakon Gal Gadot, dilaporkan akan kembali semula ke set penggambaran filemi, Fast and Furious (Fast X) yang dijangka ditayangkan pada Mei 2023. 


Model berusia 37 tahun itu yang membawa watak Gisele Yashar dalam francais Fast and Furious pada 2009, Fast Five (2011) dan Fast and Furious 6 (2013) dijangka akan membuat kemunculan semula. 


Difahamkan, Gal Gadot sepatutnya muncul dalam Furious 7 menerusi adegan 'throwback' bersama Han Lue (pelakon Sung Ho Kang). Tetapi adegan itu dikeluarkan dari filem. 


Selain Gal Gadot, bintang filem adiwira, Aquaman, yang dilakonkan oleh Jason Momoa turut disahkan akan membintangi filem Fast X sebagai watak penjahat.


Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai peranan Gal Gadot dalam Fast X masih belum diketahui buat masa ini. 


Dulu Han, sekarang Gisele?


Umum mengetahui, watak Gisele meninggal dunia dalam Fast and Furious 6 dan pastinya berita kemunculan Gisele dalam Fast X membuatkan ramai peminat filem aksi ini terkejut. 


Walaupun butiran lanjut mengenai pengelibatan Gal Gadot masih belum didedahkan, dia bukanlah watak pertama yang dibawa semula oleh francais itu dari kematian. 


Han yang berlakon sebagai pasangan Gisele, juga terbunuh dalam letupan kereta dan baru-baru ini kembali semula dalam Fast 9 di mana kematiannya dipalsukan untuk tujuan tertentu. 


Apa pun, filem Fast X pasti akan menjadi lebih menarik dengan kemunculan semula Gal Gadot sebagai Gisele. Fast X dijangka akan ditayangkan di pawagam pada 19 Mei 2023. 


Sumber: The Direct



from The Reporter https://ift.tt/6EJhXif
via IFTTT