'YB menang kerana kuat bekerja, bukan kerana paras rupa' - Wardina tegur portal hiburan 'highlight' rupa paras YB Young Syefura berbanding kerjayanya



Tindakan sesetengah portal hiburan menyiarkan berita mengenai ahli politik Young Syefura, yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bentong di Dewan Rakyat beberapa hari lalu dengan tajuk yang secara tidak langsung telah menilai rupa parasnya, mengundang rasa kurang senang orang ramai. 


Hal yang sama turut dirasai oleh bekas pengacara, model dan pelakon, Wardina Safiyyah, 43, yang menyarankan editor menulis artikel yang lebih tertumpu kepada kejayaan seseorang itu berbanding paras rupanya. 


"Ni nak tegur sikit. Boleh tak kita sebagai masyarakat menilai wanita lebih dari 'rupa paras'. Sampai jadi headline.


"YB menang kerana kuat bekerja. Nak jadi masyarakat maju dan berfikir, maka menilai manusia itu seharusnya bukan kerana fizikal atau luaran. 


"Kurang gemar membaca apa-apa bahan bacaan yang meletakkan nilai wanita 'hanya' kerana dia cantik, nampak muda, putih atau langsing. Kita ada banyak lagi perkara yang boleh ditonjolkan kepada umum berbanding paras rupa. 


"Tolong jangan merendahkan atau menyanjung secara berlebihan seseorang wanita itu hanya kerana penampilan mereka atau kerana mereka 'cantik. Tulislah artikel mengenai kehebatan YB Rara bekerja dan kebijaksanaan beliau," katanya dalam hantaran yang dimuat naik di Instagramnya hari ini. 


Menurut Wardina, teguran itu juga ditujukan kepada semua wanita di luar sana. 


"Being 'respected' because you're 'beautiful' and only because you're beautiful is shallow. There I've said it. And some vulnerable women think that 'Aku kena lawa, kena langsing, kena putih. Kalau tak, aku tak bernilai. Kena pakai tudung branded..'. 


"Darlings, darlings Dearest Darlings... yourself worth comes from insiden and your character. No one selss any product for that. No one can buy and pay for that!" katanya. 



Sementara itu, netizen juga bersetuju dengan pandangan Wardina dan tidak menafikan golongan belia pada hari ini lebih mementingkan penampilan luaran berbanding ilmu. 


"Setuju sangat! Headline media ini akan lingering dalam minda pembaca dan akan secara tidak langsung membentuk pemikiran masyarakat. Ubahlah perspektif tengok pada luaran dan materialistik seperti ini. Media mungkin akan menafikan, tetapi lihatlah sendiri apa yang berlaku pada generasi muda kita sekarang yang sangat mementingkan luaran berbanding ilmu," kata Azie. 


"Fizikal rupa cantik itu bonus untuk dia. Tapi tolonglah yang menulis artikel itu pun, fokus pada kerja beliau sahaja. Ayat-ayat (tajuk artikel) itu umpama mempersendakan kaum wanita. Itu pendapat saya lah," kata Nazli. 


"Akhirnya ada juga yang menyuarakan pendapat. Sebab saya dah rasa jelak, muak dengna media sosial di Malaysia ini yang masih melebihkan paras rupa. Nampak sangat mentaliti korang yang rendah," kata Izaroy. 


Sumber: Instagram Wardina Saffiyah



from The Reporter https://ift.tt/5tERAgd
via IFTTT