Murid Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 6 & OKU tak perlu bayar tambang KTMB untuk bantu ringankan beban kewangan ibu bapa - Menteri Pengangkutan



Bermula semalam, kerajaan telah menetapkan bahawa murid tahun satu hingga pelajar tingkatan enam dan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak perlu lagi membayar tambang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, perkhidmatan percuma itu boleh digunakan tanpa had bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang, Utara dan Perkhidmatan Shuttle Timuran. 


Bagi KTM Komuter sektor Lembah Klang, ia terdiri daripada laluan Pulau Sebang - Batu Caves - Pulau Sebang dan laluan Perlabuhan Klang - Tanjung Malim - Pelabuhan Klang. 


Sementara itu bagi perkhidmatan komunter sektor tara laluan Padang Rengas - Butterworth - Padang Rengas dan laluan Butterworth - Padang Besar - Butterworth. Perkhidmatan tren KTM Shuttle Timuran (DMU) ialah bagi sektor laluan Gemas - Tumpat - Gemas. 


Dengan langkah baharu itu di bawah Inisiatif MyRailLife itu dapat memanfaatkan pelajar sekolah dan OKU, serta meringankan bebanan kewangan ibu bapa, selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengawal kos sara hidup. 


Untuk menikmati faedah itu, pengguna yang layak perlu mendaftar dengan KTMB bagi mendapatkan nombor Passenger Name Record terlebih dahulu yang boleh dibuat secara online menerusi aplikasi KITS (KTMB Mobile) atau melayari laman web KTM. 


Pas MyRailLife itu sah digunakan antara stesen mula dan stesen destinasi yang dicatatkan dan digunakan tanpa had dalam tempoh sahguna dan hanya boleh digunakan oleh penumpang yang namanya dicatatkan serta tidak boleh dipindah hak milik. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/rs68ImT
via IFTTT