(Video) 'PBT ni tak guna, kalau dengan orang kita macam² birokrasi tapi dengan peniaga asing tak nak ambil tindakan' - Mohd Sophian



Tidak dapat dinafikan perniagaan-perniagaan runcit terutamanya sudah banyak didominasi oleh warga asing. Peniaga-peniaga tempatan pula terpaksa bersaing dengan peniaga asing untuk melariskan jualan. 


Persaingan begitu merupakan satu perkara yang positif, namun di sebalik perniagaan yang diusahakan itu ada dakwaan mengatakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengamalkan sikap birokrasi.


Tular satu video di media sosial menunjukkan Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain, menyelar pihak Majlis Perbandaran Selayang yang dikatakan tidak mengambil tindakan tegas terhadap peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram.


Mohd Sophian sekali lagi melakukan terjahan di Komtar dan menghentam pihak PBT kerana membiarkan peniaga warga asing menyembelih ayam di dalam premis perniagaan.


@sophianmohdzain4 Warga asing bebas meniaga dlm premis peruncitan dgn membolot subsidi rakyat ... PBT buat apa , depan² mata mrk buka perniagaan #BebasRasuah #RevolusiSatuUndi #fyp #PertahankanHakRakyat #PrihatinRakyat #WargaAsingMonopoliPerniagaan ♬ original sound - Sophian Mohd Zain


“Sebelum PKP, saya sudah bagitahu tak boleh potong daging, tapi PBT ni saya boleh katakan tak guna. Kalau orang kita macam-macam birokrasi, tapi warga asing macam ni depa buat perangai. Ayam hidup jual dalam kedai ni, disembelih dalam kedai,” katanya.


Tinjauan beliau di dalam premis berkenaan mendapati beberapa ekor ayam yang masih hidup diletakkan di dalam sangkar dan kelihatan juga daging lembu diletakkan diatas papan pemotong daging.


Mohd Sophian juga menzahirkan rasa terkilan dengan sikap PBT yang hanya mendiamkan diri apabila berdepan dengan kesalahan peniaga asing tetapi sebaliknya tindakan terus dilakukan apabila melibatkan peniaga tempatan.


@sophianmohdzain4 Ayuhlah rakyat bangkit pertahankan hak , jgn biarkan subsidi dan ekonomi anda dijajah oleh PATI & Pelarian UNHCR ... #BebasRasuah #RevolusiSatuUndi #fyp #PertahankanHakRakyat #PrihatinRakyat #WargaAsingMonopoliPerniagaan ♬ original sound - Sophian Mohd Zain


“Tengok, kita rakyat Malaysia. Saya cabar PBT la, kalau macam ni la orang Malaysia yang meniaga, hampa balas dah mai angkat dah. Orang tempatan tak kira Cina, Melayu, India meniaga, hampa dah balas angkat. Macam-macam hampa mai rampas rakyat Malaysia punya perniagaan, hampa bagitahu orang atasan. Di sini hampa buta mata,” katanya.


Rata-rata netizen menyokong tindakan yang dibuat oleh Mohd Sophian dan berharap agar pihak PBT membuka mata mengatasi masalah ini dengan seadilnya.


Sumber: Rajaie Ahmad



from The Reporter https://ift.tt/nUyabgA
via IFTTT