Ingat Lagi Cerita Lelaki Kahwin Wanita Purdah Yang VIRAL ? Ni Sambungannya. Lagi SUSPEN !!!
Nama aku Fadhil. Tak sangka kisah aku dan isteriku berpurdah tu viral. Ni sambungannya. Ramai tak caya bila aku cerita isteri aku tu pukul aku, x mandi 4 hari, pemalas. Ni aku nak cerita, tu baru sket je. Bukan takat tu je, isteri aku tu juga sebenarnya pernah.....
Ingat Lagi Cerita Lelaki Kahwin Wanita Purdah ? Ni Sambungannya. Lagi SUSPEN !!! | Aku Fadhil, bekas budak UIA yang pernah menulis tentang kehidupan aku lepas berkahwin. Aku tak sangka kisah tu dapat perhatian ramai. Sungguh aku tak sangka. Dekat 10k jugalah yang like, dan beberapa page2 dah viralkan cerita aku. Aku memula happy juga sebab luahan hati aku ni diambil perhatian. Aku rasa gembira sebab pada awalnya, aku sangka kisah aku tu org x ambil endah je.
(Bagi yang belum pernah baca kisah viral lelaki kahwin wanita purdah ni boleh baca kat sini : Dijodohkan Dengan Gadis Berpurdah First Time Tengok Muka Dah Buat Aku TERKEJUT (LINK).
Tapi bila aku bukak komen2, rasa gembira aku tu hilang. Banyak komen negatif berbanding positif. Ramai kecam aku sebab aku luahkan benda tu. Dan paling aku sedih, cerita aku tu dah dipadam oleh page ini. Aku tak faham kenapa dipadam, tapi aku rasa kecewa sebab seolah2 org ramai x percaya dengan kisah hidup aku tu.
Sebab dalam kepala otak masyarakat kita fikir, hanya perempuan saje jadi mangsa keganasan. Semua orang ingat lelaki ni kuat. Dah tu suami macam aku ni macam mana? Siapa nak tolong dan siapa nak backup aku?
Aku sedih dengan komen2 tentang diri aku.
Aku tak tokok tambah pun cerita tentang perkahwinan aku ni. Malah, aku buang sikit cerita supaya xnampak sangat jahatnya isteri aku ni. Kalau siapa yg dah kahwin,nanti dah kahwin nanti kau akan faham perasaan suami terhadap isteri dia.
Walaupun dia benci, tapi dlm hati tetap sayang. Dalam kes aku ni, dia buat mcm mana pun kat aku, aku ada rasa sayang kat dia.
Aku nak tulis sambungan kisah yang terjadi lepas aku kena belasah dengan isteri aku kat luar rumah dan kena tumbuk dengan jiran kami sampai orang2 surau tuduh aku pulak yang belasah isteri aku.
Tapi sebab aku tengok banyak komen negatif terhadap cerita aku, aku rasa cukuplah sampai di sini. Aku memang dah cadang dah nak sambung part II sebab nak habiskan kisah hidup aku bersama dia.
Tapi sebab banyak sangat respon negatif, dicampur lagi dengan cerita aku sebelum ni dah dipadam, aku rasa eloklah aku tak sambung lagi. Post ini hanya nak clarify sahaja komen2 yang orang bagi sebelum ni.
Apapun, cukuplah korang tahu bahawa kami masih suami isteri sehingga kini. Kenapa, bagaimana, dan apa terjadi, cukuplah biar aku dan isteri aku sahaja yang tahu. Aku ada sikit tawar hati dengan masyarakat yang tak habis2 respon negatif pada kisah hidup aku. Terima kasih atas kesudian utk like dan share cerita aku. Terima kasih juga kerana sudi bagi pendapat. Dan minta maaf kalau aku menyinggung perasaan orang lain. Wasalam. – Fadhil via IIUM.
from Pena Hitam http://ift.tt/2k8l9HR
via IFTTT