KINI VIRAL : KONGSI FOTO MESRA - PEMINAT DOAKAN TERBAIK BUAT HANEZ SURAYA & SUAMI

KONGSI FOTO MESRA - PEMINAT DOAKAN TERBAIK BUAT HANEZ SURAYA & SUAMI

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita dimana pelakon Hanez Suraya dikatakan bakal bercerai dengan suaminya, Romie Razin Adilha selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Aleesya.
Pelbagai persoalan yang bermain di minda orang ramai kerana Hanez sudah memfailkan tuntutan permohonan fasakh. Namun, menerusi satu kenyataan di akaun Instagramnya, Hanez memberitahu beliau masih bahagia bersama suami dan rumah tangga mereka masih kekal.
Klik untuk gambar besar
Sehingga kini, apa yang berlaku di dalam rumah tangga mereka masih menjadi tanda-tanya. Walaubagaimanapun, Hanez nampaknya tidak mahu terus dihimpit gosip berkenaan dan masih terus berkongsi foto bahagia bersama suaminya.
Malah, Hanez juga baru-baru ini memberikan kejutan romantis buat hari jadi suaminya. Melihat foto-foto yang dikongsikan Hanez, peminatnya mendoakan yang terbaik buat rumah tanggan pasangan tersebut.
Kami mengharapkan agar Hanez dan suami terus kekal sehingga ke jannah. Biasalah tu, bak kata pepatah, 'sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri'.

Foto: Hanez Suraya IG


from Pena Hitam http://ift.tt/2jlD40F
via IFTTT