Satu Malam Seorang Ayah Pergi Stesen Minyak Dgn Anaknya & Selepas Itu Perkara ‘Menakutkan’ Berlaku..
Baru-baru ini benda yang sangat menakutkan berlaku kepada seorang ayah dan anaknya apabila pada satu malam ni si ayah ingin ke petrol station untuk isi minyak pada pukul 2.45 pagi. Si ayah pergi dengan membonceng motorsikal dengan ditemani anaknya.
Tak lama selepas itu, sebuah kereta dan.. Cerita ini telah diceritakan semula di status laman Facebook isterinya. Ternyata lepas perkara itu terjadi suaminya balik tak mampu bercakap sepatah perkataan pun. Anda di luar sana selepas ni kena lebih berhati-hati dan peka di keadaan sekeliling tau!
Pengalaman yang bermakna & jadikan pengajaran
Hari ni apa yang berlaku menjadi pengajaran dan pengalaman yang sangat bermakna.. anak saya nyaris diculik didepan mata,didalam pelukan suami saya sendiri.. selama ni saya cuma dengar dan membaca dari pengalaman orang2 sekeliling.. kejadian yang memang sangat tak disangka dan tak diduga..
Pada 1 Julai 2016, jam 2.45 pagi, suami saya membawa anak yang kami yang kecil berusia setahun, berdua dengan menaiki motorsikal untuk mengisi minyak di petrol pump yang berdekatan dengan kawasan rumah kami.. jarak ke rumah dalam 10 minit melalui jalan besar iaitu jalan utama menuju ke hicom shah alam.. berdepan dengan petrol pump adalah mcd yg juga terletak dijalan besar..
Tiba-tiba sebuah kenderaan yang sangat mencurigakan datang..
Suami saya perasan kehadiran sebuah hilux hitam selepas keluar dari kawasan rumah, iaitu di jalan utama sebelum traffic light.. hilux itu datang dari arah puchong.. selepas memotong motorsikal yang dinaiki suami, hilux itu terus memperlahankan kenderaannya, pada anggapan suami mungkin sebab lampu merah masa tu.. setibanya di petrolpump, hilux itu berhenti disebelah motor suami dan 2org lelaki melayu berbadan agak tegap dalam lingkungan umur 30-40an bertanyakan pada suami, anak siapa tu, suami menjawab anak sayalah..
anak saya berada didalam dukungan suami pada masa itu.. selepas membyar di kaunter, hilux itu terus block kenderaan mereka dihadapan suami saya sekali dan MEMINTA untuk hantarkan anak saya pulang ke rumah..
Rasa tak sedap hati, cuba lari tapi..
Disitu suami saya dah mula tak sedap hati dan pelik.. pastu suami saya cakap takpe, ni anak saya tak payah.. tapi mereka tetap jugak nak minta lagi.. suami saya cakap kalau nak hantar balik jom la ikut dari belakang.. tapi mereka cakap lagi, bagi la saya pegang anak tu, saya hantarkan balik..
Suami saya terus start motor tanpa mengisi minyak dan terus pergi.. tapi tak habis disitu, hilux itu terus mengejar suami saya hingga ke seberang jalan besar, di traffic light.. pada masa tu, takde kenderaan yang lalu dan suami langgar lampu merah untuk terus pulang kerumah.. hilux itu terus mengejar dengan MENYALAKAN LAMPU POLIS!!!
Tolong peka dan berhati-hati!
Syukur, suami dapat melepaskan diri setelah tiba dikawasan perumahan berdekatan, kerana laluan disitu sempit tempat parking kereta penduduk ppr dan jalan yang kurang elok dan berbonggol..
setiba dirumah suami dalam keadaan yang tak dapat nak cakap.. mukanya, motor ditinggal tak sempat berkunci terus masuk kerumah.. Alhamdulillah, anak saya tak merengek atau menangis masa suami nak lari dari hilux tu.. dia pun macam tergamam..
Alhamdulillah.. tak dapat dibayangkan perasaan ibu bapa yang kehilangan anak, yang diculik,dilarikan.. sedangkan semalam, suami merasa kekalutan cari kunci rumah nak buka pintu, nak larikan diri dan anak, dikejar.. tak dapat bayangkan seandainya hilux tu dapat memintas motor suami dan menghentikan motor suami, ALLAHU..!!!!!
Ibu2, bapa2 sesiapa pun yang membawa anak2 kecil, abang kakak yang membawa adik2 yang kecil, TOLONG,TOLONG,TOLONGGGG sentiasa berhati2 dan waspada dengan persekitaran dan orang2 dan suasana disekeliling tak kira kat mana pun kita..
Kredit:www.asamgaram.net/