Tiba2 tangannya melekat pada kemaluan jenazah perempuan tersebut. Orang ramai menjadi hairan, apakah perlu dilakukan, dikerat tangan tukang mandi atau dipotong kemaluan jenazah wanita?
Kisah TIDAK BENAR yang ada di dalam "Kitab"
Kata alKhatib alSyarbini di dalam Mughniy alMuhtaj 1/358:
"Ada diceritakan satu kisah yang ganjil di Madinah pada zaman Imam Malik, bahawa seorg perempuan sedang memandikan jenazah seorg perempuan yg meninggal dunia. Tiba2 tangannya melekat pada kemaluan jenazah perempuan tersebut. Orang ramai menjadi hairan, apakah perlu dilakukan, dikerat tangan tukang mandi atau dipotong kemaluan jenazah wanita? Lalu org ramai meminta fatwa dr Imam Malik. Jawab Imam Malik: "Tanyakan kpd perempuam tukang mandi tersebut, apa yg dikatakannya ketika dia meletakkan tangan pada kemaluan jenazah perempuan itu?" Org ramai lalu bertanya, dan tukang mandi itu menjawab: "
"Aku berkata: "seringkali kemaluan ini bermaksiat kpd tuhannya (melakukan zina)."
Kata Imam Malik: "perempuan tukang mandi ini telah melakukan qazaf (tuduhan zina). Sebat wanita ini sebanyak 80 kali sebatan, agar tangannya terlepas."
Lalu org ramai melaksanakan sebatan ke atas perempuan tukang mandi itu, maka terlepaslah tangannya dari kemaluan mayat tersebut. Dari itu dikatakan:
"Tidak ada seorgpun yg memberi fatwa di Madinah, selagi Imam Malik ada."
Kata alSyeikh Masyhur Hasan di dlm Qishas La Tathbut 2/78-79: "Kisah ini adlh satu pendustaan dan rekaan terhadap Imam Malik. Dlm sanadnya ada Ya'kub bin Ishak al'Asqalani. alZahabi ketika memperkenalkannya di dlm alMizan 4/449 berkata: "seorg pendusta."
alKhatib alSyarbini juga menyebutkan kisah ini dlm bentuk sighah tamridh "ada diceritakan" sebelum itu pula beliau berkata: "kisah yg ganjil." Ia sebenarnya satu bukti lemahnya kisah ini di sisi beliau.
WA
Sumber : Bin Sahak Channel