Beli Hanya RM129, Tapi Semula Jual RM1.1 JUTA. Urusniaga Paling Untung Dalam Sejarah !!!| Beijing: Seorang lelaki mungkin melakukan penipuan antara terbesar dalam sejarah apabila berjaya menjual sebatang kayu bernilai 200 yuan (RM129) dengan harga 1.68 juta yuan (RM1.1 juta). Lelaki yang dikenali sebagai Lin itu dilaporkan membeli kayu berkenaan dan mendakwa ia daripada spesies pokok Phoebe Zhennan yang sangat jarang ditemui dan sangat berharga.
Pokok Phoebe Zhennan sangat berharga dan pada masa dahulu hanya maharaja China yang mampu memilikinya. Istana Kota Larangan dibina menggunakan kayu daripada pokok Phoebe Zhennan. Maharaja pada era Dinasti Ming juga menggunakan kayu itu untuk membuat singgahsana dan perabot di bilik tidur.
Kini Phoebe Zhennan menjadi antara pokok yang dilindungi kerajaan sekali gus menyebabkan harganya sangat mahal, kira-kira 8,000 kali ganda berbanding kayu biasa. Bagi menjayakan penipuan itu, Lin membuat surat pengesahan palsu untuk batang kayu berkenaan dan berjaya memperdayakan seorang pembeli.
Selepas membuat rundingan, lelaki itu bersetuju membeli batang kayu berkenaan dengan harga 1.68 juta yuan. Tidak lama selepas membeli kayu berkenaan, lelaki itu berjumpa seorang pakar yang mengesahkan bahawa batang kayu itu tidak berharga.Kerana kecewa mangsa segera menghubungi Lin tetapi lelaki itu gagal dihubungi dan dipercayai sudah melarikan diri.
Mangsa kemudian membuat laporan polis dan akhirnya Lin dilaporkan ditangkap pihak berkuasa. – Agensi
Sumber: HMetro
The post Beli Hanya RM129, Tapi Semula Jual RM1.1 JUTA. Urusniaga Paling Untung Dalam Sejarah !!! appeared first on KISAH BENARKU.
Kredit: 1citemalaya