Dua Pelajar UMP Berkelah Di Gambang. Saya Tengok Dia Terjun, Lepas Tu Saya X Nampak Lagi..

Dua Pelajar UMP Berkelah Di Gambang. Saya Tengok Dia Terjun, Lepas Tu Saya X Nampak Lagi..| Kuantan: Dua penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) ditemui lemas di Air Terjun Berkelah, Gambang, di sini, petang tadi. Mangsa, Muhammad Azrul Khairudin, 20, berasal dari Kampung Banggol Perdong Manir, Kuala Terengganu, Terengganu dan Muhammad Zahid Hamidi Mohd Hasan, 20, berasal dari Seri Menanti, Muar, Johor.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kedua-dua mangsa adalah penuntut semester tiga dalam jurusan Sains UMP. “Siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa bersama 11 lagi rakan tiba di pusat perkelahan itu sebelum mandi beramai-ramai,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, kehilangan kedua-duanya disedari rakan mereka yang mendapati mangsa tidak timbul selepas terjun. Katanya, anggota dari Balai Polis Gambang bersama anggota skuba Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang tiba di tempat kejadian menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurutnya, Muhamad Azrul ditemui pada jam 3.25 petang diikuti Muhammad Zahid setengah jam kemudian. “Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk bedah siasat dan polis sudah menghubungi keluarga mereka.-HMetro

The post Dua Pelajar UMP Berkelah Di Gambang. Saya Tengok Dia Terjun, Lepas Tu Saya X Nampak Lagi.. appeared first on SIAKAP KELL.



Kredit: 1citemalaya