"Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari" itulah pepatah yang sesuai menggambarkan nasib yang diterima oleh Karfiah apabila anak angkatnya itu membalas budi wanita itu dengan membuangnya di tepi jalan.
Namanya Karfiah. Pernikahannya tidak dikurniakan cahaya mata. Setelah suaminya meninggal dunia, Karfiah buat keputusan untuk mengambil anak angkat.
Bayi yang diberi nama Rina Yanti, dijaga dan diberi kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri. Rina dibesarkan dan disekolahkan sehingga ke bangku kuliah.
Seperti ibu bapa yang lain, Karfiah juga menikahkan anaknya dengan lelaki pilihan apabila dia sudah dewasa.
Saya sempat bertanya siapa nama anaknya, "Rina Yanti," jawab Karfiah.
Dipendekkan cerita, rumah yang menjadi tempat tinggal Karfiah selama ini telah dijual oleh Rina dengan alasan mahu membeli rumah baru. Rina kemudian membawa ibunya itu keluar dan diturunkan di tepi jalan, sementara dia pergi mengambil wang hasil jualan rumah ibunya itu.
Kesetiaan dan kasih sayang seorang ibu dalam diri Karfiah tidak pernah pupus, apatah lagi menyimpan rasa marah dan dendam pada anaknya itu walaupun telah dibohong hidup-hidup.
Karfiah kini tinggal di sebuah pondok yang kotor, lembab dan berbau. Langsung tidak sesuai dijadikan sebagai tempat tinggal. Malah Karfiah kini menghidap penyakit strok, menambahkan lagi penderitaan wanita itu.
Difahamkan, sudah pernah dipujuk oleh pihak kebajikan untuk dibawa ke pusat kebajikan, namun Karfiah enggan berbuat demikian.
"Wahai Rina, pulanglah, ibumu merindui kepulanganmu,"