Tak disangka, anak Malaysia berjaya menjadi perancang utama, menukarkan kawasan padang pasir tandus menjadi ladang gandum yang cukup subur.
Seorang jurutera tempatan, Tuan Hj Zuraimi Isa telah menjalankan projek wakaf Al Rajhi Group di Sudan, membentuk saluran pengairan dan peparitan, menjadikan padang pasir sebagai ladang gandum yang subur, memetik perkongsian Puan Masnira Ramli di facebook.
PROJEK WAKAF AL RAJHI GROUP DI SUDAN. KENDALIAN JURUTERA MALAYSIA.
“Dari padang pasir yang tandus bertukar ke ladang gandum yang subur!”
Siapa sangka projek WAKAF yang bakal menyumbangkan 80% hasil keuntungannya kepada negara-negara miskin di seluruh dunia ini mempercayai seorang jurutera Malaysia Tuan Hj Zuraimi Isa sebagai Head Of Deparment- Water Management Service yang terlibat dalam pembinaan pump house, irrigation pump, canal construction dan pivots.
Beliau ternyata sangat hebat mashaALLAh di dalam bidangnya ‘mechanical engineering’ apabila kepakarannya sudah di percayai oleh 7 buah negara sepanjang 19 tahun beliau bertugas.
Namun projek ini lebih memberikan kepuasan lahiriah dan juga rohani apabila khabarnya ia merupakan projek wakaf, kepuasannya berbeza daripada projek mega lain yang pernah beliau terlibat.
Apa yang berjaya membuatkan saya terlalu kagum adalah projek ini berjaya menukar sebuah padang pasir yang tandus di negara panas Sudan menjadi sebuah ladang gandum yang sangat subur dengan kepakaran teknologi kejuruteraan yang digunakan. hebat mashaALLAH!
Bercerita tentang cabaran. Menurut beliau cabaran terbesar yang terpaksa di lalui adalah dalam mendapatkan alat ganti. Kebanyakkan projek wakaf ini berada di pedalaman padang pasir. Jarak terdekat dengan bandar utama adalah 400km. Jadi beliau banyak melakukan modifikasi untuk menyiapkan sesuatu projek berdasarkan apa materials yang terdapat di project site.
Semoga projek ini akan terus berkembang dan melibatkan banyak negara lain khususnya kepada negara-negara miskin di benua africa. amin…
p/s- Jurutera hebat. Anak kelahiran negeri Kelantan, Tuan Haji Zuraimi Isa ini keluaran universiti tempatan tau. Universiti Teknologi MARA – Media FB Rasmi. Syabas tuan. Semoga terus memberikan insprasi kepada anak-anak muda yang meminati bidang mechanical engineering.
The post Anak Malaysia Berjaya Ubah Padang Pasir Ke Ladang Gandum Subur appeared first on The Coverage Edisi BM.