'Di mana Arianna Sofea? Sudah 5 tahun terpisah dari bapanya & kami sekeluarga'


Sudah lima tahun kanak-kanak perempuan ini dipisahkan dari bapanya selepas ibu bapanya bercerai. Anak kecil yang bernama Arianna Sofea, berusia 8 tahun, sebelum ini rapat dijaga oleh bapa, datuk dan neneknya. Manakala si ibu menyambung pengajian di luar negara. 

Namun ketika Sofea menginjak ke usia tiga tahun, ibu bapanya membawa haluan masing-masing dan hak penjagaan diserahkan kepada si bapa.  

Pada awalnya, semua dalam keadaan yang baik. Tetapi keadaan mula berubah bilamana Sofea dibawa pergi ke luar negara dan tidak balik ke pangkuan bapanya lagi. 

Last pic dgn tokba n tokjah sebelum fly ke Adelaide. Masa ni kat airport. Mama dia ambik terus bawak lari masuk cepat2, takut sofea menangis tak mau ikut.

Video call bersama Sofea selepas baru tiba di Adelaide, South Australia

Gambar terakhir Sofea yang dihantar pada 2013
Lima tahun, bapanya langsung tidak mengetahui di mana anaknya berada. Pernah cuba menghubungi bekas isterinya untuk bercakap dengan si kecil itu namun dihalang. 

Allahu, kasihan si bapa yang terlalu merindui anaknya itu. 








Jika ada yang mengenali wanita berkenaan, sila hubungi Asykyn Ab Rahim di Facebook. 

Semoga ibu Sofea terbuka hati untuk membenarkan anak perempuan berhubung dengan bapa kandungnya. Janganlah diputuskan hubungan seorang anak dengan bapanya walaupun sudah tidak sefahaman. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2nUXL1o
via IFTTT