KUALA LUMPUR, 23 Nov — Siapa yang paling kaya dalam industri muzik tempatan?
Penggubah lagu Edry Abdul Halim, penulis lirik Habsah Hassan dan penerbit Datuk M Nasir menerima pendapatan terbanyak dalam Badan Pelindung Hak Cipta Karyawan Muzik (MACP).
Mereka bertiga menerima pengiktirafan tersebut dalam satu majlis anugerah di Damansara, malam tadi.
Edry, anggota kumpulan adik-beradik KRU, yang menerima pengiktirafan tersebut buat kali kedua berturut-turut berkata ia menjadi semangat untuk terus berkarya.
“Dalam berkarya, harus ada keikhlasan kerana dengan cara itu sesuatu lagu itu dapat sampai kepada peminat.
“Anugerah ini adalah suatu pemangkin semangat kepada komposer seperti saya untuk terus berkarya,” katanya seperti dipetik mStar Online dua tahun lalu.
Tahun sebelumnya, Edry memecah monopoli M Nasir yang memegang rekod menerima royalti tertinggi selama 13 tahun.
Namun M. Nasir melalui syarikatnya Luncai Emas masih mengekalkan kemenangan menerusi anugerah penerbit tempatan dengan pendapatan terbanyak.
Habsah, yang juga pengerusi MACP, menerima anugerah penulis lirik dengan pendapatan terbanyak.Anugerah MACP diberikan sebagai penghargaan kepada penggiat seni yang banyak menyumbang karya untuk perkembangan industri seni negara.
Hasil royalti penggiat seni yang berdaftar dengan badan ini dikutip daripada persembahan muzik di radio, TV, konsert, majlis makan malam, pusat beli-belah dan organisasi lain.
Sementara itu komposer terkenal Saari Amri pula berkata, tidak timbul isu bahawa beliau dipinggirkan oleh mana-mana pihak.
Katanya baru-baru ini: “Saya tak kisah. Saya tak terbitkan album kini pun tapi saya dah banyak buat lagu.
” Hampir 600 buah lagu ciptaan saya dalam pasaran. Royalti dari lagu-lagu itu cukup untuk menampung saya. Setahun adalah $ 200 ribu Ringgit Malaysia. Itulah I tukar kereta setiap tahun. Mercedes dan lain-lain.
” Orang hairan I tak bekerja tapi kereta bertukar-tukar.I cuma kata dulu I bekerja kuat, now I nak rilek saja.”
Bapa kepada empat orang anak itu tidak menafikan, lumrah kehidupan. Bila senang ramai yang mendekatinya untuk meminjam duit.
Tidak kurang pula yang meminta Saari menjadi penjamin sehinggakan nama Saari Amri pernah disenaraihitamkan oleh pihak bank apabila “sahabat-sahabat” itu menghilangkan diri sehingga kini.
“Orang industri berhutang dengan I beratus ribu pun tak bayar. Rakan-rakan I ada yang nak pergi pukul orang ini tapi I kata jangan’ kongsinya.
SAARI DAKWA DIRINYA “DISANTAU”
Apabila ditanya BERITAMediacorp mengenai pengalaman beliau terlibat dalam kemalangan ngeri menaiki motorsikal yang hampir-hampir meragut nyawanya pada tahun 1996 dulu sehingga beliau mengalami “darah beku pada keseluruhan badan beliau”, komposer itu mendakwa beliau “disantau” sebelum kemalangan tersebut menimpanya.
“Seminggu sebelum kemalangan, I dah muntah-muntah darah. Dulu I tak percaya benda ni. I pergi hospital doktor kata I sihat. Doktor pun tak percaya. Pada malamnya sehari sebelum kemalangan, I nampak tengkorak. Keesokan harinya bila I bawak motosikal, I tak nampak betul,” kata Saari.
“Seminggu sebelum kemalangan, I dah muntah-muntah darah. Dulu I tak percaya benda ni. I pergi hospital doktor kata I sihat. Doktor pun tak percaya. Pada malamnya sehari sebelum kemalangan, I nampak tengkorak. Keesokan harinya bila I bawak motosikal, I tak nampak betul,” kata Saari.
Setelah beliau keluar dari hospital, beliau “berubat” dan diberitahu beliau disantau sebenarnya.
Tambah Saari terus membuka cerita: “I ada keluarga. Kalau I bujang I dah beli pedang nak balas balik orang tu. Nasib baik I ada kawan yang pujuk I ketika itu.
from Syahril A. Kadir http://ift.tt/2o09JLd
via IFTTT