Pergerakan Ketika Solat Kurangkan Sakit Belakang & Meningkatkan Keanjalan Sendi

Pergerakan berulang orang Muslim ketika mendirikan solat boleh mengurangkan peluang sakit belakang jika dilakukan dengan betul, kata satu kajian baru.

Malah, kajian itu juga mendapati solat bukan sahaja boleh menghilangkan kegelisahan fizikal, malah mampu menjadi salah satu rawatan klinikal yang berkesan jika dilakukan dengan tepat.

Secara kasarnya, 1.6 billion orang muslim sujud meletakkan dahi mereka di tanah menghadap Mekah lima kali sehari.

“Satu cara untuk memikirkan pergerakan solat itu adalah mereka sama dengan yoga atau terapi fizikal yang digunakan untuk merawat sakit belakang,” kata salah seorang penulis kajian itu, Mohammad Khasawneh.

Kertas bertajuk ‘An ergonomic study of body motions during Muslim prayer using digital human modelling’ itu disiarkan dalam isu terkini International Journal of Industrial and Systems Engineering.

Pengkaji menganalisis statistik berdasarkan pergerakan yang dihasilkan oleh model-model yang digenerasi menggunakan komputer. Mereka menghasilkan model orang India, Asia dan Amerika yang sihat dan model yang mempunyai sakit belakang, memetik  jurnal Universiti Binghamton.

Postur melutut, yang dikenali sebagai sujud, dikatakan boleh meningkatkan keanjalan sendi, kata kajian terbabit.

“Kesihatan fizikal dipengaruhi oleh sosio-ekonomi, gaya hidup dan faktor agama,” tambah Khasawneh dari sebuah universiti di Pennslyvania.

“Solat boleh membuang stress dan kegelisahan fizikal, manakala ada juga kajian yang mengatakan solat boleh dianggap satu rawatan klinikal yang efektif untuk neuro-muscoloskeletak dysfunction.”

Bagaimanapun, menggunakan sudut dan pergerakan yang salah boleh menyebabkan sakit menjadi lebih teruk, kata kumpulan itu lagi.

The post Pergerakan Ketika Solat Kurangkan Sakit Belakang & Meningkatkan Keanjalan Sendi appeared first on The Coverage Edisi BM.