ABAKALIKI, NIGERIA - Seorang wanita yang mengalami masalah mental tergamak menikam bayinya berusia 8 bulan dengan pisau, lapor The Sun.
Dalam kejadian di berek polis pada pertengahan Mac lalu, mangsa bayi lelaki berusia 8 bulan ditikam di bahagian perut, dikejarkan hospital.
Difahamkan suspek merupakan isteri kepada seorang pegawai polis berpangkat sarjan, juga telah dibawa ke hospital psikiatri untuk pemeriksaan kesihatan.
Berdasarkan siasatan awal, suspek dilaporkan mengalami gangguan mental sehingga sanggup menikam perut anaknya sendiri dengan pisau dapur serta membiarkan pisau itu tertusuk di perut mangsa.
Kejadian itu disaksi oleh salah seorang jirannya lalu menjerit mengejutkan jiran-jiran yang lain.
Menurut saksi dan pengamal perubatan di hospital berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, bayi malang itu dibawa ke wad kecemasan dengan pisau yang masih tertusuk di dalam perutnya. Mangsa juga telah kehilangan darah yang begitu banyak.
Di laman Facebook, Omeri Nwachi berkata, "Seorang wanita menikam perut bayi ini. Bayi ini masih hidup dan sedang bersedia untuk prosedur pembedahan. Doakanlah bayi ini selamat."
Ketua Pengarah Perubatan Hospital, Dr Emeka Orga berkata, bayi itu telah dibedah dan pembedahan yang dilakukan juga telah berjaya menyelamatkannya. Namun beliau juga turut melahirkan rasa terkejut dengan kejadian itu.
Sementara itu, pihak polis sedang menyiasat kejadian tersebut dan mengesahkan suspek mengalami masalah mental dan merupakan isteri kepada seorang pegawai polis. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2n6esrC
via IFTTT