'Bila adik balik? Habis tu, siapa yang duduk dalam kereta tu?!'



Salam semua. Masa ini, aku diploma dan tinggai di hostel. Mak abah pergi umrah, jadi adik-adik tinggal di rumah dengan maid saja. Mak pesan, kalau weekend baliklah tengok adik-adik. Jadi, weekend itu aku pun baliklah dengan member aku. 

Malam itu, adik bongsu ada tuisyen di sekolah dia. Kebiasaannya, mak atau abah yang akan hantar dan ambil dia. Tetapi malam itu aku yang kena hantar dan ambil dia, memandangkan aku saja yang boleh memandu pada masa itu. 

Waktu siang itu, mak ada call, borak sikit dan tanya khabar. Dalam masa yang sama mak pesan jangan lupa ambil adik. 

"10 atau 15 minit sebelum habis tuisyen, pergilah," kata mak. 

"Ha ye mak. C'mon, takkanlah lupa?" balas aku. 

"Mak cuma pesan saja," katanya lagi. 

Tuisyen adik bermula jam 8 malam sehingga 10.00 malam. Aku pun hantarlah dia, kemudian balik ke rumah semula. Balik itu, aku pun makan dengan member. Dalam jam 9 malam, kami dok layan tv saja memandangkan tak ada apa nak buat. Maid seperti biasa, jam 9.30 malam dah masuk bilik, tidur. 

Nak dijadikan cerita, best pula movie malam itu. Tengah kami tergelak-gelak tengok tv, tiba-tiba aku rasa semacam. Nak kata lapar, tadi dah makan. Aku pun pandanglah jam, rupa-rupanya dah jam 10.10 malam! 

Aku pun apa lagi, terus bergegas turun ambil kunci kereta dan terus pergi! Habis semua bonggol aku langgar, terbang segala benda dalam kereta aku. Aku dah fikir macam-macam dalam kereta sambil mulut berkata "matilah aku! matilah aku!". Kalau ada apa-apa terjadi pada adik aku, memang aku takkan maafkan diri sendiri. Sudahlah dia perempuan. Masa itu juga terus teringat pesanan mak siang tadi. 

Sampai saja di sekolah, tengok semua dah gelap. Yang bercahaya hanyalah pondok pengawal sahaja. Lagilah aku sumpah seranah diri sendiri. Macam manalah boleh terlupa. 

Mana adik aku? Sudahlah handphone tertinggal. Macam mana nak tahu adik aku dah ada di rumah ke belum? Aku tunggulah dalam 5-10 minit dengan harapan dia buat kerja gila main sorok-sorok sambil nak sedapkan hati sendiri. Tapi tak ada. Adik aku tak keluar. 

Aku pun terus pecut balik ke rumah dengan harapan dia sudah balik ke rumah. Sampai saja di rumah, aku nampak kasut dia. Buka saja pintu, terus aku jerit, 

"ADIKKK!!!!" 

"NGAH!!!" jawabnya. 

Dah macam drama pula? Cuma aku tak peluklah sebab aku memang jenis awkward nak manja-manja. Tapi dalam hati aku memang nak peluk cium dia dah. Aku bersyukur sangat-sangat sebab dia selamat balik ke rumah. 

Katanya, dia tumpang kereta kawan sebab mak kawan dia risau tengok dia seorang diri. Ada selisih dengan aku tetapi aku tak perasan sebab aku tengah fokus 200% pemanduan aku nak sampai ke sekolah. 

Aku ada pesan pada dia, jangan beritahu mak dan abah. Haha. Tang ini bukan adik hantu, tapi aku yang hantu. 

Masa ini pula, adik bongsu aku dah dewasa sikit. Aku pun dah habis diploma, sambung degree pula. Mak abah outstation, kebetulan aku cuti mid sem minggu itu, jadi aku pulanglah ke rumah.

Adik pula ada kelas tambahan pada waktu malam. Ceritanya lebih kurang sama tetapi lain. Aku hantar dia pergi sekolah dan katanya kelas habis jam 9.30 malam. Aku okay saja, nanti aku datanglah ambil dia. 

Sementara nak menunggu jam 9.30 malam itu, aku mainlah game. Memang perangai sedikit bebal, sampai aku terlupa tentang adik. 

Bila dah jam 9.35 malam, baru teringat pasal adik. Seperti biasa, aku kalutlah naik kereta nak pergi sekolah dia. Sampai saja di sekolah, semuanya dah gelap. Mampos! Mana adik aku? Tiba-tiba aku ternampak adik duduk seorang diri di kantin sekolah. Lega hati aku, terus panggil dia masuk ke kereta. 

Dia masuk kereta dan diam saja. Aku pun minta maaflah sebab lewat ambil dia. Dia sekadar menjawab, "Hmm..." sahaja. Marah agaknya, tapi aku buat biasa saja. 

Sampai di rumah pun, dia masih diam. Aku pula yang terasa nak marah. Sekurang-kurangnya aku ambil dia, kan? Padahal aku juga yang kalut tadi sebab dah terlambat. Haha! Tapi aku buat bodoh sajalah. 

Bila nak masuk ke rumah, aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Awat macam kenal je kasut ini? Bukan kasut adik aku ke? Bila aku tengok ke kereta, adik masih ada dalam kereta lagi. Mungkin dia pakai kasut lain agaknya. Lagipun kasut dia bukan ada satu saja. 

"Marah betul adik sampai tak nak keluar dari kereta?" getusku dalam hati. 

Aku pun masuk ke rumah. Tiba-tiba ternampak adik tengah makan. Aku cuba telan air liur, tetapi tersekat. 

"Ngah pergi mana? Awat tak ambil adik?" soalnya. 

Aku menggigil dan jawab dengan soalan, "Bila adik balik? Dengan siapa?" 

"Eh? Tadi la, dengan kawan adik. Ngah lambat," katanya. 

Aku terkejut, kesyaitonan apa yang dah jadi ini? Aku pergi jenguk kereta semula, tiada sesiapa. Aku ulang, tiada sesiapa! Aku terus tutup pintu dan naik masuk bilik. 

Keesokannya, mak abah balik, aku demam. 

"Ngah dah tak mau pergi ambil sesiapa dah selepas ini" kata aku pada mak membuatkan mak tertanya-tanya tetapi aku hanya jawab, "no comment". 

Biarlah mak fikir aku ini artis ke apa. Setiap kali aku teringat peristiwa itu, mesti aku meremang walaupun sampai sekarang memang tak boleh lupa. Jadi di sini aku nak pesan kalau ada janji nak ambil adik-adik atau anak-anak atau sesiapa pun, janganlah lambat. Bahaya untuk mereka dan diri sendiri. Lagi-lagi di zaman IT, zaman teknologi ini. Aku memang menyesal sampai sekarang. 


from The Reporter http://ift.tt/2pvlgCy
via IFTTT