Bising di surau, punca Thaqif & 15 rakannya dipukul di bahagian kaki


BATU PAHAT, JOHOR - Harian Metro melaporkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah tahfiz di Kota Tinggi mengesahkan kejadian warden memukul tapak kaki Mohd Thaqif Mohd Gadaffi, 11, dan rakannya menggunakan paip getah, namun secara ringan. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman berkata, tindakan itu dibuat kerana semua murid itu dikatakan bising di surau sekolah. 

"Polis mendapati warden memukul mangsa dan kira-kira 15 rakannya di bahagian kaki, tiga minggu lalu. Mangsa kemudian memaklumkan bahawa dia sakit dan bengkak di bahagian kaki, pada 17 April lalu. 

"Lanjutan itu, ibu mangsa meletakkan ais di kaki mangsa atas nasihat doktor. Selepas itu, kaki mangsa bertukar menjadi biru. 

"Sehingga ini, doktor masih belum memberi pengesahan berhubung punca dan sebab penyakit yang dialami mangsa," katanya. 

Rahmat Othman berkata, mangsa ada mengadu skait badan dan ibunya kemudian memberikan ubat tahan sakit miliknya yang baru lepas bersalin. - The Reporter

Berita berkaitan: 


from The Reporter http://ift.tt/2pOvifv
via IFTTT