'Kalau nak sangat, kau ambil saja suami aku'



Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau disiarkan. 

Begini, saya pegang password Facebook suami saya. Jarang saya nak buka dan baru-baru ini tergerak hati nak buka. Saya tengok ada notification, ada orang tag nama suami di komen, kawan perempuan. Tapi saya tak kisah pun. Katanya nak ajak buat reunion. Masalahnya, tiba-tiba ada komen lebih kurang, nanti terimbas kenangan lama. Saya faham maksudnya, yang seolah-olah mereka ada kisah cinta barangkali. 

Saya tak kenal perempuan ini, tetapi saya pernah jumpa gambar pasport dia di dalam album gambar lama suami saya. Bila tanya, suami kata perempuan itu yang bagi. Pada saya, mungkin itu kisah cinta monyet mereka agaknya semasa zaman tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Tingkatan 4, dia dah pindah ke sekolah yang semuanya lelaki. Gambar perempuan itu pun macam zaman budak hingusan lagi. Gambar itu saya biarkan sampai sekarang. Kalau saya jenis cemburu buta, sudah lama saya buang gambar itu ke dalam tong sampah. 

Isunya sekarang, di saat dah ada kehidupan masing-masing, perlu ke nak komen dan ungkit kisah-kisah lama? Ya, saya dan suami sudah tak sebumbung sebab itu saya abaikan saja walaupun saya boleh buat teguran. Kalau perkara ini terjadi pada orang lain yang rumah tangganya sedang bahagia, apa yang akan terjadi? Kemudian nak buat reunion bagai. Sebab itulah orang kata masalah rumah tangga ada yang berpunca dari reunion. Ini bunga-bunga la ni, belum apa-apa dah komen tentang kisah lama. 

Pada saya tak perlu nak buat reunion bagai. Cukup tiba waktu raya, kenduri kendara datang berziarah dan tanya khabar. Bawa anak isteri atau suami kenal dengan kawan-kawan. Berani kerat kukulah kalau waktu reunion ini mesti berharap kekasih lama datang. Kemudian mulalah nak berhias cantik-cantik. Untunglah kalau kekasih lama terpandang terus tertawan kali kedua. 

Awak janda ke, tak kahwin lagi ke, saya tak kisah. Tetapi selagi mana awak itu wanita, tolong faham perasaan wanita lain. Kalau diikutkan, ini bukan kali pertama kawan-kawan perempuan suami saya menggeletis. Isteri-isteri orang hantar mesej tanya khabar. Kenapa ya? Tak perlu nak pertikai isu kawan-kawan sekolah lama. Dalam Islam sendiri melarang perkara-perkara seperti ini antara lelaki dan perempuan. Suami saya pun sama naik miangnya, jenis melayan. Sebab itu sampai sekarang tak ingat anak dan isteri di rumah. 

Itu belum masa saya dalam wad nak melahirkan anak sulung, terbaca mesej mesra suami dengan kawan perempuan zaman sekolahnya di Facebook yang membahasakan diri mereka makwe pakwe.
"Pakwe sihat?"

"Makwe dah makan?" 


Dah kenapa mereka ini? Fitrah perempuan ini malu lebih dari lelaki. Malu itu sebahagian dari lebih 60 cabang iman. Jadi tolong beriman sikit wahai perempuan. Dah tahu lelaki ini ada jenis gatal walaupun luar nampak pendiam, awak jangan terikut menggatal sekali. Malu tahu tak kalau orang gelar kita ini perempuan gatal, perempuan miang, perempuan terdesak. Ramai-ramai lelaki bujang, lelaki duda, suami orang juga awak nak tunjuk miang atau nak tunjuk hint bagai. Awak dah kenapa?

Nasib baik saya masih rasional lagi tak terus komen sebab nak jaga aib. Kalau saya tegur, mahunya awak malu sebab kawan-kawan awak semua baca. Jadinya, saya cuma confess di sini sahaja. Kalau awak terbacak confession ini, satu saja saya nak pesan, jadi perempuan kena jaga maruah diri. 

Ini termasuk isteri orang yang bernama Siti, yang tergila-gilakan suami saya. Lelaki perempuan sama miang. Tepuk sebelah tangan, ada bunyi ke? Unless kau tepuk di meja.

Kalau kau nak sangat, kau boleh ambil saja suami aku. Dah macam-macam cara aku buat dan cuba pertahankan rumah tangga kami sehinggalah aku dah redha. 10 tahun aku hidup dengan suami aku, aku tahu kekurangan dia di mana yang sekarang ini bila aku cakap, dia tuduh aku hina dia. Beritahu kekurangan pun terasa dihina ke? 

Bertahun-tahun aku pendam kekurangan dia, tak pernah pun aku terfikir nak curang sebab aku berkahwin untuk membina keluarga bahagia. Apa-apa kekurangannya aku terima asalkan jangan menyakiti hati aku. Tetapi yang aku pelik sampai sekarang, kenapa tak nak lepaskan aku? Dah kenapa? Kalau lepaskan aku, banyak kemudahan aku akan dapat. BR1M aku dapat, rumah mesra rakyat aku boleh mohon sebab gaji aku cuma RM3,000 lebih sahaja. Masih memenuhi syarat nak memohon BR1M dan mohon rumah mesra rakyat. Dengan status ibu tunggal, aku boleh dapat kemudahan itu. 

Kenapa tak nak lepaskan aku? Nak tunggu aku tuntut fasakh supaya orang nampak aku yang nak bercerai, sebenarnya kan? Bijak kau wahai suamiku. Kau biar aku nampak salah supaya dapat tutup bukti kecurangan kau. 

Dan Siti, selepas ini kalau aku bercerai, mesti kau kahwin dengan dia. Kemudian korang bercerai, memang aku tergelak di belakang berguling-guling sebab aku tahu di mana kekurangan suami aku dan kekurangan suami aku ini kalau isteri tak berlapang dada, memang makan hati. Silap-silap kau curang di belakang dia macam mana kau curang dengan suami kau sekarang ini. Jadi masa itu agaknya kifarah buat suami aku agaknya sebab pernah curang dengan aku. 

Kalau suami aku tertarik dengan kau, nak kata kau ada rupa, biasa-biasa sahaja sebab kau kurang, pandai bergaya. Kau tak pernah beranak walaupun dah bertahun kau berkahwin dengan suami kau. Aku tak nak kata aku cantik ke apa, nanti riak. aku cuma gemuk sebab dua kali melahirkan anak secara pembedahan. Nak kurus macam zaman tak ada anak, aku perlu usaha lebih. Bukan tak nak bergaya, tetapi baju yang bergaya macam kau pakai itu semuanya nampak susuk badan. Aku lebih memilih bergaya cara aku. Pakai tudung bawal tutup dada, pakai baju longgar. 

Suami aku nak cari yang suara lemah lembut? Aku dulu masa tak ada anak pun lemah lembut tetapi sejak ada anak memang aku terjerit-jerit sebab letih urus anak-anak. Suami nak cari yang berakhlak? Aku tak tahulah aku berakhlak ke tidak, tetapi mak ayah aku didik aku sebaiknya supaya sentiasa jaga batas pergaulan dan memang aku jaga sehingga kini walaupun suami tak pedulikan aku. 

Kau curang dengan suami kau, keluar dengan lelaki lain saat bergelar isteri orang, masih nak kira wanita berakhlak ke? Tanyalah diri sendiri, bagaimana mudah aku redha. Sebab aku yakin Allah ada dan yakin balasan Allah Taala.

Allah uji aku sebab Allah lebih thau apa yang terbaik untuk aku. Korang berdua memang pasangan serasi. Kau isteri yang curang, suami aku suami yang curang. Pastikan bila korang dah kahwin nanti, korang bahagia sampai akhir hayat. Kalau korang bercerai, memang aku gelak jahat di belakang sebab apa yang korang buat pada aku, Allah dah balas 'cash' di dunia. 


from The Reporter http://ift.tt/2oH7886
via IFTTT