Kedua-dua kaki pelajar madrasah terpaksa dipotong, selepas cedera disebat pembantu warden dengan paip getah
KOTA TINGGI, JOHOR - Seorang pelajar lelaki terpaksa dipotong kedua-dua belah kakinya kerana otot-otot di kakinya sudah mati, selepas 20 hari disebat oleh pembantu warden.
Dalam kejadian 28 Mac lalu, mangsa, Mohd Thaqif Amin, dan beberapa pelajar madrasah yang lain disebat menggunakan getah paip di tapak kaki, oleh pembantu warden.
Empat hari kemudian, 31 Mac 2017, ibu mangsa, Dayang Thaqifah, datang untuk membawa anaknya pulang, sekali gus berhenti dari madrasah itu selepas mangsa mengadu dia disebat menggunakan getah paip di tapak kaki.
19 April 2017, Thaqif dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultan Ismail.
Menurut Dayang Thaqifah, di hari kedua anaknya berada di hospital, keadaan anaknya tidak stabil, buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik dan proses pembekuan darahnya agak lambat.
"Mungkin disebabkan kuman dari kakinya. Di hari ketiga, keadaan Thaqif semakin merosot. Otot-otot kakinya sudah mati dan pagi ini (semalam) doktor memutuskan untuk memotong kedua-dua belah kakinya. That the best way for this time. Satu cara untuk elakkan dialisis buah pinggangnya," tulisnya di Facebook.
Menurut sepupu ibu mangsa, anak saudaranya itu telah selesai menjalani pembedahan memotong kakinya.
Seorang lagi ibu saudara mangsa, Bella, turut berkongsi kenyataan dari pengetua madrasah berkenaan:
Pengetua madrasah. Mohammad Afdhaluddin Ismail, mengesahkan pembantu warden berkenaan telah digantung tugas serta-merta susulan kejadian itu dan akan memberi kerjasama pada pihak polis untuk melakukan siasatan.
Dalam masa yang sama, beliau meminta orang ramai memberi ruang untuk pihaknya menjalankan siasatan dan tidak membusukkan madrasah secara keseluruhannya.
Semoga mangsa dan keluarga diberi kekuatan menghadapi dugaan yang besar ini dan dipermudahkan segala urusan mereka. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2q0ED39
via IFTTT