JOHOR BAHRU - Seorang wanita berusia 21 tahun maut selepas melecur hampir 95% dipercayai dibakar oleh tunangnya yang sekurang-kurangnya tiga tahun menetap bersama, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), pada jam 11.03 pagi, Sabtu.
"Lelaki yang disyaki membakar mangsa bukanlah suami wanita itu, sebaliknya hanya tunang yang tinggal bersama dengan mangsa tanpa perkahwinan yang sah," katanya yang juga mengesahkan lelaki berusia 28 tahun itu telah ditahan.
"Suspek dipercayai penagih dadah kerana ujian saringan awal air kencingnya positif bahan itu. Suspek dan mangsa, kedua-duanya tidak bekerja.
"Hasil siasatan awal mendapati motif kejadian adalah berpunca akibat pertengkaran antara mereka. Lelaki itu mendakwa dia menyesal mempunyai hubungan tiga tahun dengan mangsa sehingga melahirkan anak tidak sah taraf yang kini berusia 18 bulan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2ogQ1LH
via IFTTT