'Muka anak patung sihir itu berubah selepas hari kedua...'


BINTULU, SARAWAK - "Gambar pertama dirakam pada 15 April. Gambar kedua pula dirakam pada 17 April. Bezanya dua hari sahaja, patung yang digunakan untuk menyihir mangsanya berubah serta-merta," demikian tulis Mualij Islam di Facebooknya. 

Lapor Utusan Borneo Online, seorang lelaki Melayu berasal dari Sabah ditahan kerana disyaki menjalankan amalan khurafat dan tahyul dalam serbuan yang dilakukan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah rumah tumpangan semalam. 

Beberapa peralatan milik lelaki itu seperti keris dan barang-barang untuk tujuan pembomohan juga turut dirampas dalam operasi itu. 


Difahamkan, lelaki berkenaan telah menetap di rumah tumpangan itu selama 53 hari. 

Menurut Mualij Islam, sejumlah besar gambar-gambar individu yang dipercayai mahu disihir oleh pelanggannya turut ditemui bersama bomoh berkenaan. 

"Banyak gambar-gambar orang dalam simpanan bomoh itu. Berdoalah kalian, semoga bukan gambar kalian yang menjadi mangsa bomoh ini. Semoga Allah menjauhkan diri kita dari anasir-anasir jahat, yakni sihir," tulisnya.

Lelaki itu kini ditahan untuk disiasat bagi mengenal pasti individu-individu dalam gambar yang ditemui tersebut. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2poYOuP
via IFTTT