'Saya tak langgar lampu merah, lampu isyarat masih berwarna hijau di lorong saya' - Pemandu Proton Juara


NILAI, NEGERI SEMBILAN - Gara-gara melanggar lampu isyarat merah, sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu seorang wanita merempuh sebuah kereta dari arah kanan.

Dalam kejadian jam 8 pagi, Khamis, di persimpangan lampu isyarat berhampiran Giant Nilai itu, pemandu wanita, Yeo Swee Fui, 31, yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Salak Tinggi mendakwa keretanya dilanggar kereta Proton Juara dari arah kanan. 

Dalam laporan polis yang dibuat oleh Yeo, sebelum kemalangan di persimpangan itu, dia memandu terus semasa lampu isyarat di laluannya masih berwarna kuning. 

"Apabila saya sampai di pertengahan simpang, tiba-tiba saya lihat motokar dari arah simpang kanan sedang menghala ke arah sisi kanan saya dengan cepat. Lalu saya cuba mengelak tetapi saya telah dilanggar menyebabkan kereta saya terhumban ke sebelah kiri lalu terhimpit di tiang lampu isyarat," tulisnya dalam laporan tersebut.

Laporan polis yang dibuat oleh pemandu Perodua Axia | Foto - Netizen
Ekoran kejadian itu, Yeo mengalami luka di bibir, tengkok sakit, lutut kiri lebam dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Nilai Medical Center. 

Bagaimanapun, pemandu Proton Juara, Zulizeb Shah Sharin atau Zeb, menafikan dakwaan Yeo itu dan menegaskan bahawa ketika kejadian itu dia bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan ke tempat berniaga nasi lemak, lampu isyarat di lorongnya masih berwarna hijau. 


"Saya tak melanggar lampur merah. Masa itu lampu isyarat sedang hijau semasa saya teruskan perjalanan. 

"Mustahil lampu isyarat di lorong wanita itu berwarna kuning ketika itu. Sedangkan sebelum saya sampai di persimpangan lampu isyarat, ada dua buah lagi kereta yang sedang meneruskan perjalanan. Kemudian kereta saya dan seterusnya lori di belakang saya pun nampak lampu hijau ketika itu," katanya ketika dihubungi The Reporter.

Zeb hanya mengalami kecederaan ringan, manakala anak lelakinya mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan, isterinya hampir terputus lidah, selain cedera di tangan. 

"Lidah isteri sudah dijahit dan jam 7 petang nanti, tangannya juga akan dijahit. Anak cedera teruk di tangannya dan juga belakang badan. 

(kanan) isteri Zulizeb Zack cedera di lidah dan tangan. (kanan) anak mereka yang cedera di kedua-dua tangannya
Foto - Zeb

Rakaman kamera di persimpangan lampu isyarat ketika kejadian | Video - Netizen

"Kalau boleh, saya tak nak kes ini habis begitu saja. Sekarang saya sudah kehilangan kenderaan untuk mencari rezeki. Isteri saya dah tak boleh kerja kuat lagi selepas kemalangan. Rambut dia pun mula gugur, mungkin sebab terperanjat selepas kejadian itu," katanya. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2q10mYF
via IFTTT