'Sebelum ini pernah buat laporan polis, tetapi kes 'ditutup' kerana tiada kecederaan serius pada mangsa' - Pengadu


BANGI, SELANGOR - Susulan viral video anak-anak taska dicampak dan dihempas minggu lalu, seorang lelaki, bapa saudara kepada salah seorang mangsa di taska berkenaan tampil mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku. 

Berikut mesej yang kami terima: 

Assalamualaikum. Saya bapa saudara kepada salah seorang mangsa dera di taska, di mana ada anak-anak yang dicampak. Taska tersebut di *** Research bersebelahan dengan sebuah universiti swasta, Selangor.  Saya berbesar hati jika pihak My Media Hub memaparkan luahan saya. Namun saya mohon tutup nama saya agar kakak saya yang merupakan warga *** tidak mendapat tempias.

Sebelum ini kami sudah membuat laporan polis dan pihak polis telah mereman mereka dan menasihatkan kami agar tidak viralkan kes ini. Kami patuh, namun selepas seminggu mereka dilepaskan atas alasan pendakwa raya tidak akan membawa kes ini ke mahkamah kerana tiada kecederaan yang serius pada semua mangsa. 

Saya tidak tahu siapa yang mula viralkan video itu di media sosial. Tetapi saya menyokong tindakan dia sebab saya mahu keadilan kepada anak saudara saya dan mangsa-mangsa yang lain. 

Sebelum ini pun, pihak HR *** Research yang menguruskan kontrak taska berkenaan cuba menutup kes ini. Tetapi ibu bapa termasuk kakak saya buat laporan juga. Pernah ada kes budak yang cedera, malahan sampai dah jadi terencat budak itu. Namun disebabkan tiada CCTV pada masa itu, kes tersebut ditutup. Selepas kes itu, barulah pihak pengurusan *** menyuruh memasang CCTV. Tetapi, itulah tiada siapa yang periksa. 

Kes yang terbaru ini pun terkantoi sebab salah seorang mangsa lebam, jadi ibu bapa dia tuntut nak tengok CCTV. 

Kejadian yang terbaru ini berlaku pada 31 Mac 2017. Tetapi ibu bapa semua hanya tahu pada 5 April 2017 setelah diberitahu oleh ibu mangsa yang mengambil masa yang lama untuk beritahu sebab pihak pengurusan HR *** Research berkata, jika dia mengambil tindakan, nanti taska itu kena tutup dan depa nak hantar anak ke mana? Seperti mengugut jugalah. Malahan, amat pelik kenapa kepala HR *** Research itu beria-ria mempertahankan pihak pengurusan taska berkenaan.

Demikian mesej yang bapa saudara kepada salah seorang mangsa yang dihantar ke taska tersebut. Mohon pihak berwajib siasat dan ambil tindakan terhadap individu-individu yang terlibat bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang, sebelum ada kanak-kanak yang kehilangan nyawa. - The Reporter

Artikel berkaitan: 



from The Reporter http://ift.tt/2pfFWxL
via IFTTT