Warga asing berpesta sakan di Flat Anjung Tawas, ganggu ketenteraman penduduk


IPOH, PERAK - Video sekumpulan warga asing berpesta di tingkat 2 di sebuah flat kediaman di Ipoh, viral di media sosial.

Video yang dimuat naik laman Biru Mata Hitam Ku itu, difahamkan berlaku di Flat Anjung Tawas, Ipoh, telah ditonton 260,000 pengguna Facebook sejak dimuat naik 15 April lalu.


"Tengok, diorang (dengan) tarian macam ini, time maghrib, 7.30 malam. Tengoklah sendiri. (Nanti) ada pula yang kata rasislah, tapi hormatlah sikit. Ini Flat Anjung Tawas.

"Agak-agak korang kalau nak balik rumah macam mana? Ada yang mabuk, minum (arak) semua ada di situ. Nilailah sendiri ya. Dalam ini yang ada Myanmar dan Vietnam. 

"Bila ada warga (asing) macam ini, saudara mara nak datang rumah pun takut. Ini belum masuk (ke dalam kawasan flat) lagi, rakam dari luar dah kuat dah (bunyi muziknya)," kata wanita yang merakam video tersebut. 

Di media sosial, netizen menggesa penduduk setempat membuat laporan polis kerana tindakan sekumpulan warga asing itu jelas sekali menganggu ketenteraman awam. 

Selain itu, netizen juga bimbang jika warga asing ini semakin bermaharajalela yang kemudiannya akan menganggu anak-anak gadis atau isteri penduduk di flat berkenaan.

Namun, ada segelintir netizen memaklumkan, hanya ada enam buah keluarga warga tempatan yang tinggal di flat berkenaan dan meminta orang ramai yang membiarkan warga asing berkenaan melakukan aktiviti mereka atas alasan majoriti penghuni di flat tersebut tidak ambil pusing. 

Bagaimanapun, majoriti netizen membantah kerana adalah tidak mustahil warga asing berkenaan akan bertindak lebih agresif, memandangkan penduduk tempatan seperti 'memberikan lampu hijau' kepada mereka untuk berbuat demikian atau sekiranya perkara itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2oLy7xC
via IFTTT