KULIM, KEDAH - Baru hari pertama pekerja, seorang wanita telah mencuri barang kemas bernilai hampir RM50,000 di sebuah kedai emas di Kulim.
Dalam kejadian jam 6 petang di kedai Goldfinch, cawangan Tesco Kulim semalam, suspek, Ellieya, 29, didakwa telah mencuri barang-barang kemas tersebut semasa rakan sekerjanya pergi ke tandas.
"Dia masuk kerja 24 Mei jam 4 petang. Bila kami minta kad pengenalannya, dia memberikan alasan terlupa bawa. Jadi kami pun kata, esok dia kena bagi.
"Ketika seorang kakitangan pergi ke tandas, dia mengambil kesempatan itu untuk mencuri barang-barang kemas.
"Apabila rakan sekerjanya kembali, suspek memaklumkan dia mahu keluar makan, sebelum terus melarikan diri," kata pengendali laman Facebook Kedai Emas Goldfinch.
Semakan video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, suspek telah mencuri barang-barang kemas tersebut dan memasukkannya ke dalam pakaian.
Kejadian itu hanya disedari oleh kakitangan berkenaan selepas mendapati terdapat pelbagai jenis barangan kemas bernilai hampir RM50,000 hilang, sebelum membuat laporan polis.
Justeru, Kedai Emas Goldfinch menawarkan ganjaran RM3,000 kepada mana-mana pihak yang berjaya menangkap suspek. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2qRgZJC
via IFTTT