'Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal' - status terakhir sebelum ditembak suami (Inspektor)
SERIAN, SARAWAK - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang juga anggota polis di depan sebuah pasar raya di Matang Jaya malam tadi, yang melarikan diri selepas menembak mati isterinya yang hamil dua minggu.
Suspek berusia lewat 30-an yang juga Inspektor Polis, Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga itu ditahan jam 9.35 malam oleh sepasukan polis yang menjalankan operasi mengesan suspek.
Polis turut merampas sepucuk pistol bersama peluru yang digunakan suspek dalam kejadian itu. Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Serian untuk siasatan lanjut.
Dalam kejadian jam 3.15 petang semalam, mangsa, Siti Nadirah Abdullah, 33, ditemui mati ditembak suspek di rumah keluarga mangsa di Kampung Kakai, Serian.
Siasatan awal mendapati, suspek memasuki bilik tidur mangsa dan melepaskan satu tembakan sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga.
Ibu mangsa kemudian menjerit meminta pertolongan. Jirannya, anggota polis bantuan yang terdengar jeritan ibu mangsa segera bergegas ke rumah tersebut dan mendapati mangsa telah mati.
Lapor Berita Harian, mangsa berkahwin dengan suspek di Belaga tahun lalu, namun masih belum dikurniakan anak. Perkahwinan itu adalah perkahwinan kedua mangsa dan juga mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.
Selepas berkahwin, mangsa tidak bekerja dan pernah memuat naik status di Facebooknya,
"Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal."
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansur berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti apa motif sebenar pegawai berkenaan membunuh isterinya.
"Fokus siasatan tertumpu kepada masalah peribadi antara mangsa dan suspek," katanya. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2qFEoxB
via IFTTT