Assalammualaikum, nak share something with everyone and boleh sama-sama menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Seperti biasa, kita ada HMR atau home visit every month untuk patient yang defaulted clinic and tca. Semalam saya ditugaskan untuk melawat beberapa buah rumah pesakit diabetic yang kritikal. Antara beberapa pesakit yang dilawat, ingin saya berkongsi mengenai seorang makcik ini.
Makcik Saniah, ada tiga orang anak. Seorang di Kota Tinggi, seorang anak perempuan dan sorang lagi menetap di luar Johor. Dulu makcik ini duduk bersama anak perempuannya di rumah di bawah bukit. Tetapi diceritakan, dia menetap dengan anaknya itu tidak lama.
Selepas dua tahun berkahwin, si anak meminta ibunya duduk berasingan.
"Berapa lama makcik duduk di pondok ini dan ini pondok apa sebenarnya?" soal saya.
"Makcik dah duduk di pondok ini tiga tahun sejak start insulin dan sejak anak minta duduk berasingan. Pondok ini dia buatkan tetapi itulah, tak ada api (elektrik). Siang makcik duduk di luar dan malam, nyalakan lilin," jawabnya.
View pondok makcik. Laman depan tu kadang tmpat parking kereta anak. |
"Kenapa nak duduk berasingan? Habis tu, makan minum dan ubat, makcik jaga sendiri ke? Pagi tadi makan apa ye? Hari ini ada makan ubat tak?" soal saya lagi.
"Dah ada suami ini susah sikit nak duduk bersama makcik. Dulu dia bagi satu bilik tetapi tak tahu kenapa dia suruh kosongkan. Jadinya makcik duduk di pondok atas bukit ini. Makan minum kadang-kadang dihantar ke atas. Ubat makcik ambil sendiri. Anak tak tahu apa-apa," katanya.
Rumah anak makcik ini terletak di bawah bukit. Kalau nak pergi jengah ibunya, dia akan naik ke atas kaki bukit. Ada satu pondok buruk. Anaknya yang buatkan. tetapi tiada bekalan elektrik dan air. Saya nak basuh tangan, tapi buka paip tak ada air. Dalam kolam air tadah, banyak jentik-jentik. Dan tempat itu juga ayam, itik, angsa minum air.
Ruangan dapur bersekali tempat tidur dan berteduh. |
Kebanyakannya bekas2 kosong dan lama |
Ruangan tempat tidur makcik di dalam 1 ruangan pondok yg sama |
Ni sebelah pondok makcik. Tmpat ayam itik angsa. |
Doktor tugaskan saya semak pengambilan ubat pesakit ini. Ubat dia memang banyak. Insulin dah 38 unit pagi malam. Then glumet, plus ubat hypertension ada empat jenis dan ubat jantung ada dua jenis. Doktor refer sebab HbA1c tak pernah turun. Selalu above 10 saja. Ubat makin hari makan bertambah.
Saya tanya makcik makan ubat tak? Dia kata makan. Tetapi bila ditanya, rupa-rupanya makcik ini buta huruf dan sebenarnya tak makan ubat pun. Check RBS (random blood sugar), 7.0 mmol. Okaylah tetapi bila tanya breakfast ambil apa? Roti bhai cecah air kosong. Memang lah RBS macam okay sebab makan roti air kosong saja. Makan sehari sekali, itu pun tengok anak nak hantar makanan atau tidak.
Antara ubat2 makcik yg xmakan dan ada yg dh expired |
Ni tmpat makcik simpan insulin. Insulin yg belum pakai kena simpan dlm fridge utk jaga stability. Tp makcik xde fridge xde electric.jadinya simpan dlm kotak bekas nyamuk ni je |
Senang kata, patient ini tak compliance ubat dan defaulted atas faktor sosial. Nak pergi klinik pun, kadang-kadang anak hantar dan sebalik. Kalau hantar, dibiarnya si ibu berada di klinik sampailah balik kerja.
Saya tak tahu kes ini sehinggalah dia sendiri yang menceritakan kepada saya. Selalu buat home visit, 10-15 minit saja dah selesai. Tetapi dengan kes makcik ini saya mengambil masa sejam. Rasa geram, sedih, menangis semua ada. Lebih-lebih lagi nak puasa ini. Paling sebak bila waktu nak balik, dia minta tolong saya.
"Nak, tolong makcik pergi kedai boleh? Depan itu sahaja. Minta belikan barang," pintanya.
"Nak beli barang apa makcik?" soal saya.
"Tolong belikan lilin. Lilin dah habis, nanti petang gelap rumah makcik, nak," katanya dengan muka syahdu.
Aduh, nak cerita pun menangis. Sampai hati ada anak buat ibunya begini. Bukan dalam drama tetapi dalam kehidupan realiti memang ramai anak lupakan tanggungjawab mereka pada ibu bapa hari ini.
Tempoh hari ada satu kes, kes yang sama tetapi melibatkan si bapa. Rumah anak-anak besar dan mewah di belakang tetapi si bapa duduk dalam rumah buruk yang berlubang-lubang.
Semalam dengan kes kedua makcik Saniah. Anak siap boleh parking kereta Proton Waja dengan satu lagi kereta (milik cucu) depan pondok makcik. Pondok ini bukan sahaja tempat tinggal makcik tetapi dijadikan sebagai tempat parking kereta.
Saya masih tak tahu apa konflik dalam keluarga ini. Mungkin perlu bersemuka dengan anak-anaknya untuk bertanyakan masalah yang dihadapi. Tetapi yang terang lagi bersuluh, makcik ini diabaikan keluarga malah anak-anaknya.
Makan minum ikut nasib. Makcik Saniah tiada suami, duduk berseorangan di pondok buruk. Hujan dan panas berseorangan. Siang bertemankan ayam itik di laman dan malam bertemankan lilin dalam ruang pondok yang kecil dan bersepah.
Saya minta bantuan dari pihak yang sudi membantu.
*Please contact Fathen Athirah Mohamad di Facebook.
Lumrah hidup. Allah nak menguji kita dengan pelbagai perkara. Masih lagi ada yang tidak bersyukur dalam hidup ini. RAsa tidak puas dan tidak cukup dengan apa yang ada. Selalulah ingatkan diri dengan orang yang lebih teruk diuji. Selalu ingatkan diri yang kita perlu menghargai setiap nikmat yang Allah beri.
from The Reporter http://ift.tt/2r1oFco
via IFTTT