KAJANG, SELANGOR - Seorang kanak-kanak lelaki ditahan kerana didapati cuba mencuri sebuah basikal ketika pemiliknya tiada di rumah.
Dalam kejadian 11 Mei 2017, di Taman Damai Indah, kanak-kanak lelaki yang masih berpakaian sekolah bersama dua lagi rakannya menceroboh masuk ke rumah mangsa dan cuba mencuri basikal tersebut.
Namun, kegiatan mereka gagal apabila basikal itu tidak dapat keluar melalui celah pagar besi.
Kejadian itu disaksikan oleh seorang jiran berhampiran bertindak merakam video dan gambar, sebelum menghampiri mereka, menyebabkan dua daripada mereka terus melarikan diri.
"Saya mendapati rumah jiran saya dimasuki tiga kanak-kanak lelaki ini yang cuba mencuri basikal. Bila saya menghampiri mereka, dua daripadanya telah melarikan diri.
"Bila saya tanya budak itu, dia kata rumah itu adalah rumah datuknya.
"Saya lepaskan dan beri dia peluang. Namun beberapa hari kemudian, basikal itu telah hilang. Ada jiran yang kata basikal itu telah dicuri oleh mereka," katanya.
Menurut pengadu, berdasarkan video dan gambar yang dirakamnya itu, pemilik basikal telah berjumpa dengan ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan menyatakan apa yang berlaku. Malangnya ibu bapa mereka enggan percaya meskipun bukti ditunjukkan pada mereka.
Kesal dengan respon ibu bapa kanak-kanak itu, pengadu memuat naik video dan gambar tersebut di media sosial dan meminta orang ramai berhati-hati dengan tiga kanak-kanak terbabit. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2rgfshr
via IFTTT