PETALING JAYA - Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh dari tingkat tiga, flat kediamannya.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Khamis di Flat Gugusan Dedap Seksyen 11, mangsa yang dikenali sebagai, Elya, 3, terjatuh dari jeriji tingkap rumahnya di tingkat tiga.
Ketika kejadian itu berlaku, bapa mangsa sedang menghantar isterinya ke tempat kerja, sementara mangsa tidur di rumah.
Menurut Rahimi Hazlamie yang memuat naik gambar-gambar mangsa dan tempat kejadian, mangsa telah dihantar ke Hospital Pusrawi.
Sumber lain pula melaporkan mangsa kini berada dalam keadaan kritikal.
"Elya terjatuh dari tingkat tiga. Sekarang dia kritikal, pendarahan dalam kepala, retak tulang muka, lengan patah, hati dan buah pinggang 2/3 sahaja berfungsi," kata Wawa Arifin.
"Minta tolong semua, doakan adik Elya cepat sembuh," katanya lagi.
Ibu bapa yang tinggal di rumah kediaman tinggi dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak membiarkan anak-anak kecil bermain di tepi tingkap atau bahagian ampaian bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2ryc1zJ
via IFTTT