'Saya nak pesan kepada golongan suami, jangan main-main dengan tudung isteri yang sudah siap digosok' - Mangsa



Salam semua. Saya nak pesan pada golongan suami ini. Jangan main-main dengan tudung isteri yang sudah siap digosok ye. 

Saya memang cari nahaslah semalam. Isteri tengah gosok tudung di bilik sebelah, saya pula tak perasan dia bentang tudung atas katil. Sekali saya masuk bilik, terus lompat atas katil. 

Sekali dia menjerit, satu rumah boleh dengar, setiap sudut dan pelusuk rumah itu. 

Niat saya cuma nak temankan dia gosok tudung sambil berborak-borak, kan. Niat saya dah baik dah, tetapi itulah. Hanya kerana terduduk di atas tudung dia. 

Anak saya yang berusia 3 tahun pun kalau tengok ibu dia sedang mengosok pakaian/tudung ke, awal-awal lagi belok ke jalan lain.

Akhirnya saya yang kena sambung gosok tudung/shawl dia yang punyalah banyak. Sudahlah warna nampak macam sama. Selagi saya tak gosok semula tudung-tudung dia yang sudah berkedut itu, memang tajam saja pandangan mata dia pada saya. 

Saya rasa anak saya macam gelakkan saya saja sebab masa dia minum susu, dia pandang-pandang saya sambil tersengih-sengih. Hahaha! 

Sebelum ini saya selalu beringat saja, tetapi malam tadi memang nasiblah. Selepas gosok semua tudung itu, barulah nampak isteri tersengih. Itu pun sengih biasa sahaja. 


from The Reporter http://ift.tt/2qqffnb
via IFTTT