'Saya (pengasuh) cuti sehari pun, parents nak tolak gaji'


Luahan Pengasuh

Saya pengasuh di kawasan Kuala Lumpur. Ambil upah jaga baby, RM35 dan untuk budak berumur 3 tahun, RM300. Sebelum saya kenakan caj itu kepada ibu bapa, saya sudah rujuk dengan mereka yang sudah lama mengasuh budak. Tetapi itu pun ada ibu bapa yang kata mahal. 

Bila saya nak cuti sehari sahaja dalam sebulan kerana ada appointment anak, parent laju tanya berapa nak tolak. Allah, kecil hati saya. Saya cuti cuma sehari sahaja, dia dah nak berkira. Overtime jaga anak dia selama ini pun saya tak kira. 

"Sehari saja kak, takkan nak tolak?" soal saya. 

"Saya tak pernah pula dengar kalau pengasuh cuti sehari tak perlu tolak?" balasnya. 

Dalam hati ini, nak saja saya suruh dia jaga anak-anak dia sendiri. Tetapi nak buat macam mana? Dah itulah rezeki saya. 

Anak dia yang berumur tiga tahun memang manja. Kalau boleh, tak nak berpisah dengan ibunya. Dalam sebulan saya jaga anak-anak dia, mula-mula budak tiga tahun itu memang menangis sahaja. Selepas seminggu, Alhamdulillah dia okay. 

Masuk bulan kedua, ibunya cuti seminggu. Selepas dihantar semula kepada saya, dia mula buat perangai. Kata ibunya, dia bersungguh-sungguh tak nak datang ke rumah saya. Ibu dia pula siap tanya saya, saya garang sangat ke bila menjaga anak-anak asuhan?

Allahu, dah ibunya cuti seminggu lebih, dah tentu si kecil itu rasa syok duduk dengan ibunya sendiri. 

Selepas seminggu dia cuti, saya tak beberapa sihat. Saya minta cuti, tiba-tiba dia nak marah sebab boss dia dah marah cuti berhari-hari. Baru-baru ini dia cuti lagi empat hari. Hari Jumaat itu, dia hantar mesej pada saya melalui WhatsApp memaklumkan badan baby dia naik ruam banyak sangat. Dia kata dia sedar tentang itu. 

Malam itu, dia WhatsApp saya lagi dan tanya rumah saya banyak serangga ke? Semalam tak ada ruam-ruam di badan anaknya. 

Ya Allah, dia baru hantar dalam seminggu itu, baru sehari. Takkan nyamuk terus ramai-ramai serang anak dia? Takkan anak dia saja yang kena nyamuk? Anak saya sendiri tak ada kena nyamuk apa pun. 

Apa yang patut saya buat lagi untuk memuaskan hati ibu bapa seperti ini? Saya perlu pasang aircond, kah? 

p/s: kepada ibu bapa yang berkira dan cerewet, berhentilah kerja dan jaga anak diri sendiri. Anda bercuti, siap berbayar lagi. Bila kami, siap ditolak lagi. 


from The Reporter http://ift.tt/2qmfhfF
via IFTTT