Kerajaan batalkan 60 barangan yang sepatutnya dikenakan GST bermula 1 Julai


PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengeluarkan kenyataan bahawa perlaksanaan GST untuk lebih daripada 60 item makanan, dibatalkan. 

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pengarah Kastam, Dato' Indera Subromaniam Tholasy, berkata pihaknya telah merujuk perkara tersebut dengan pihak Kementerian Kewangan untuk maklumbalas. 

"JKDM telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklumbalas dan telah membuat keputusan supaya P.U (A) 162 Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017, dibatalkan. 

"Justeru JKDM memohon kerjasama semua pihak supaya mengambil maklum tentang perkara ini," kata kenyataan itu. 

Terdahulu dalam laporan media pagi ini, lebih 60 item makanan yang akan dikenakan GST bermula 1 Julai ini. Antara barangan makanan yang dikenakan adalah seperti beberapa jenis makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah, belut, ikan todak, buah-buahan import. 

Bagaimanapun, pengumuman itu menimbulkan banyak reaksi negatif netizen yang rata-rata menolak pelaksanaan itu, yang dilihat membebankan rakyat.

Laporan berkaitan:


from The Reporter http://ift.tt/2sJhaJe
via IFTTT